Assalamualaikum dan salam sejahtera…..semalam saya didatangi oleh salah seorang teman pejabat saya dan menceritakan tentang insuran beliau yang cover semua bill hospital beliau jika tunjuk sahaja Mykad beliau (medikal kad tdak diberi) dan menurut  beliau telah mengambil polisi ini 3 tahun lepas dari salah satu Syarikat Insuran dan kini yang merunsingkan beliau ialah dia menerima penyata yang polisi beliau telah lapse kerana 4 bulan tertunggak.

Saya pun mengiyakan perkara tersebut  akan berlaku kepada polisi insuran jika bayaran telah tertunggak hingga 4 bulan tambahan pula jika polisi beliau baru 3 tahun tetapi yang membuat saya curiga apabila dia katakan tunjuk saja Mykad…..

medikal kad

Namun begitu teman saya bertegas mengatakan dia tidak pernah ‘miss’

bayar caruman insuran beliau, setelah saya soalsiasat rupa-rupanya teman saya membuat bayaran/transfer bayaran ke akaun ejen tersebut sekian lama kerana atas dasar percaya dan baru kini ejen tersebut buat hal. Saya amat terkejut kerana masih ada lagi orang yang percaya dengan org lain untuk menguruskan wang mereka, saya pun apa lagi terus je menghentam tindakan teman saya itu.

Saya berjanji dengan beliau untuk bantu bawa beliau ke pejabat Insuran tersebut keesokan hari dan bertanya status insuran beliau , almaklumlah teman saya ni perempuan malu nak bertanya….

Keesokan harinya kami pergi ke Klang untuk menyelesaikan masaalah teman saya dan setiba disana saya bertanya serba sedikit tentang status insuran teman saya dan memaklumkan etika ejen insuran yg tidak beretika ini dan apa yg boleh syarikat Insuran ini katakan hanyalah memberitahu dimana lokasi agency ejen insuran tersebut dan minta kami sendiri menyelesaikan masalah ejen tersebut. (macam nak lepas tangan jer)

Lalu kami berdua menuju ke TTDI Jaya untuk mencari Ejen keparat ini, setelah tiba dan kami bertanya dari kerani Agency tersebut kami dapati yang ejen tersebut adalah adik kepada tuanpunya Agency tersebut dan paling mengecewakan Ejen tersebut telah lama menghilang dan abangnya pun tidak tahu dimana.

Paling mendukacitakan adalah apabila tuanpunya Agency seperti menyalahkan teman saya yang tidak membayar kepada adiknya sedangkan kami ada semua bukti penyata bank Maybank bayaran dibuat kepada adiknya. Apa boleh buat kalau dah duit bukan ditangan kita, memang khidmat pelanggan tu hilang terus , kalau dulu sebelum kita sign polisi lembut lidah dari tulang….bermacam janji dilontarkan.

Sekarang ni apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu abangnya untuk membuat siasatan (tak tau la apa yg nak disiasatnya)….Saya menasihatkan teman saya untuk membuat laporan polis dan ke unit aduan Takaful, supaya penipuan ini tidak berulang dan mungkin bukan dia sahaja yang menjadi mangsa.

Kesimpulan yang boleh dibuat disini adalah :

1) Jangan sesekali membuat bayaran ke akaun Ejen (kecuali bayaran pertama)

2) Jangan percaya semua yang dikatakan oleh ejen anda.

3) Sila baca dan fahami polisi anda.

4) Bukan Syarikat Insuran yg bersalah tetapi Ejen yg tidak Ber-Etiqa.

Sekian, harap semua dapat jadikan kisah ini sebagai teladan.

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Sebutharga kalian di sini :

More from my site