KEMALANGAN NGERI BIKERS DI LEBUHRAYA KARAK

selfie-mangsa-sebelum-kemalangan-maut-superbike-lebuhraya-karakInna lillahi wa inna ilayhi raji’un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون)| Takziah untuk keluarga penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 25Lebuhraya Karak sekitar jam 11 pagi semalam.

 

Gambar Selfie Mangsa Sebelum Kemalangan Maut Karak (19 Oktober 2014)
Untuk pengetahuan anda, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan berkenaan. Kemalangan tersebut turut membabitkan beberapa buah kereta dan mengakibatkan seorang penunggang motor rentung terbakar manakala seorang lagi maut dirempuh salah sebuah kereta yang terlibat.

KEMALANGAN-MOTOSIKAL-BERKUASA-TINGGI-DENGAN-KERETA-DI-LEBUHRAYA-KARAK-GOMBAK

Punca sebenar kemalangan motosikal besar berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak – Kemalangan berkenaan dikatakan berpunca apabila sebuah treler yang melintang di laluan Lebuhraya Karak. Kemudian, sekumpulan motosikal berkuasa tinggi sedang menuruni bukit beramai-ramai. Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya sesak disebabkan oleh treler terbabit.

punca-sebenar-kemalangan-motosikal-besar-berkuasa-tinggi-di-lebuhraya-karak

Berikut ada laporan mengenai kemalangan tersebut yang dipetik daripada sumber media. Salah seorang daripada penunggang yang menyertai konvoi berkenaan pula adalah rakan kepada ammboi dan dia juga mengesahkan mengenai treler terbabit.

Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis dan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta – Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi dan P.Alza.

Keterangan – 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang dan 2 org lagi penunggang tercampak dan cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry dan Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar manakala P.Exora, P.Alza dan P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.

Butir-butir Mangsa (Si Mati):

  1. Penunggang M/sikal (Rentung) – Nama: Zali bin Khalid
  2. Penunggang M/sikal (Mati) – Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 tahun)

punca-kemalangan-motosikal-besar-berkuasa-tinggi-di-lebuhraya-karak

Innalillahi wa-innalillahii-rajion… ALFATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ
*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ

Smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama golongan orang-orang yang beriman.. Aamiin Ya Rabbul Alamin..

 

SUMBER :- www.ammboi(dot)com

 

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation Perlindungan keluarga anda:

QUOTATION