Manfaat Takaful

newyears-2015 Alhamdulilah… Tahun 2014 mengajar saya banyak perkara dalam mengenal industri Takaful dan Insuran… dalam tahun 2014 beberapa pencapaian kecil telah saya kecapi antaranya :

  1. MSA setiap Quarter
  2. Great Smart Leo 2014
  3. Supremacy Experience Summit 5 (SES5) – Phuket, Thailand

Namun ia hanya pencapaian kecil, saya bertekad untuk menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2016 .

Tahun 2014 juga telah mengajar saya bahawa sebenarnya ramai orang yang masih belum tahu kepentingan Takaful sehingga benar-benar memerlukannya, sehingga ada permohonan yang terpaksa ditolak. Antara pengalaman saya permohonan bermasalah ialah;

1) Penyakit sedia ada

‘Penyakit sedia ada’ antara yang pernah saya temui apabila ada antara prospek yang pernah menjalani pembedahan CABG (Coronary Artery Bypass Graft) ingin mendapatkan manfaat takaful/Insuran nyawa dan penyakit kritikal , dalam kes ini memang kemungkinan besar permohonan akan ditolak, namun saya bukan orangnya untuk memberi keputusan apa yang saya boleh nasihatkan tak salah untuk mencuba, sekurangnya kita tidak berserah sahaja. Jika benar ditolak prospek tahu tahap kesihatan dan keputusan yang sama untuk pengendali takaful yang lain pun akan beri jawapan yang sama.

2) Tahap Kesihatan yang rendah 

Permohonan Kad Perubatan amat mementingkan tahap kesihatan terkini, antara Client saya yang memohon kad perubatan terpaksa ditolak kerana tahap kolestrol tinggi selepas ujian kesihatan dijalankan (Medical Checkup), namun ia tidak mengecewakan kerana penolakan Kad Perubatan bukan pengakhiran segala, Client tetap memiliki manfaat Takaful untuk;

  • Manfaat Penyakit Kritikal
  • Manfaat Hilang Upaya Kekal & Penuh
  • Manfaat Kematian

3 Manfaat Takaful tersebut sebenarnya pun bukan mudah untuk dapat jika kita tergolong dalam kategori pertama (Penyakit sedia ada), jadi janganlah menafikannya dan menolak kelulusan tersebut.

3) Risiko tugas/profesion yang merbahaya atau berisiko tinggi

Tugas/profesion berisiko menentukan kelayakan memiliki kad perubatan, antara tugas/profesion yang sukar untuk memiliki kad perubatan antaranya polis dan tentera ini kerana penglibatan penggunaan senjata api dalam tugasan mereka. Namun begitu bagi para tentera dan polis mereka masih boleh dapatkan Takaful manfaat kematian , manfaat Hilang Upaya Kekal & Penuh dan Manfaat Penyakit Kritikal.

Namun bagi tugas/profesion yang berisiko tinggi seperti Mekanik, Welder dan sebagainya tahap risiko 4/4 , bagi mereka permohonan Kad Perubatan tiada masalah tetapi nilai simpanan(cash value) kemungkinan tidak setinggi pelanggan tahap risiko 1/4.

wpid-kata-happy-new-year-2015.jpg

Saya mengharapkan tahun 2015 akan dapat membuka mata dan beri lebih kesedaran tentang kepentingan takaful kepada setiap orang yang saya temui . Semoga perkongsian Takaful saya mendapat manfaat kepada semua.

 

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful serta manfaat sesuai untuk anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

 QUOTATIONSyahrum Samsuri
Perunding Takaful
019-8819405