fbpx

Ahad – 9 Dec 18 (9.21 am)

Saya terima panggilan dari ayah pelanggan memaklumkan anaknya kemalangan jalan raya antara motorsikal dan kereta di Nilai, Negeri Sembilan dan sekarang menerima rawatan di Hospital Besar Seremban. Keadaan anaknya agak serius dimana kaki dan tangan patah, saya dimaklumkan teman-teman anaknya tidak tahu yang beliau memiliki Medikal Kad dan hospital terdekat adalah Hospital Seremban.

Saya yang berada di Kota Kinabalu faham akan kerisaun dan kesukaran ayah yang berulang KL – Seremban mengurus dan menemani beliau dalam keadaan kecemasan ini mencadangkan agar memindahkan anaknya ke Hospital Swasta di Kuala Lumpur tambahan pula anaknya memiliki Medikal Kad Great Eastern Takaful (GET), setelah dipersetujui saya menelefon Khidmat Pelanggan Great Eastern di talian 13001300018  utk mengesahkan status polisi beliau kerana saya dapati ada tunggakan 2bulan dan polisi pula berada dalam status potential lapse (bakal lapse) 

Selepas mendapat penjelasan Khidmat Pelanggan Great Eastern yang mana status polisi client saya akan menyebabkan Guarantee Letter (GL) akan ditolak sekiranya status Potential Lapse saya segera menasihatkan ayah pelanggan membuat bayaran dan dalam keadaaan kecemasan ini saya membantu memudahkannya dengan membuat bayaran sendiri secara ONLINE BANKING ( JomPay ) kerana saya merancang utk ke Labuan keesokan hari dan tidak berhajat masuk pejabat Great Eastern Kota Kinabalu (GE).

Isnin – 10 Dec 18 (10 am)

Selepas menanti proses bayaran masih belum dikemaskini selepas membuat JOMPAY semalam saya membuat keputusan untuk menangguhkan urusan ke Labuan saya dan masuk ke Pejabat GE untuk membayar jumlah minimum terus di kaunter. Sebaik sahaja bayaran di kaunter status Potential Lapse telah ‘Clear’ dikemaskini saya terus membuat panggilan ke Ayah pelanggan untuk menasihatkan langkah seterusnya.

Dalam masa sama saya dimaklumkan ayahnya yang Doktor di Hospital Seremban baru ingin membuat pembedahan kerana baru mendapat giliran  dan Doktor memasang besi (implan plate) dibahagian luar kaki serta beberapa skru di tangan yang patah. Selesai pembedahan dan pelanggan saya  dalam keadaan stabil baru Doktor boleh membenarkan pesakit dipindahkan ke Hospital lain atas risiko sendiri.

Selasa – 11 Dec 18

Saya menelefon beberapa Hospital Swasta untuk memeriksa kekosongan dan deposit yang perlu . Sebaik sahaja itu saya memaklumkan ayah pelanggan yang status polisi anaknya telah dikemaskini dan untuk memindahkan sahaja anak ke KPJ di Kuala Lumpur sebaik sahaja Doktor memberi kebenaran. Tidak berapa lama kemudian pesakit stabil dan mendapat kebenaran pindah Hospital saya terus berurusan dengan Hospital Seremban untuk meminta Ambulan dari KPJ untuk memindahkan pesakit ke KPJ KL.

Sebaik sahaja tiba di KPJ, doktor pakar membuat pemeriksaan dan mengatur pembedahan segera kerana keadaan kaki selepas pembedahan di Hospital Seremban masih ada pendarahan dan kemungkinan ada jangkitan. Doktor Pakar KPJ juga telah menggantikan besi (implan) Hospital Seremban dengan Implan baru yang dipasang didalam kaki (Interlocking Nail).

Kini pelanggan saya sedang berehat untuk mendapat rawatan di Hospital KPJ manakala ahli keluarga lebih mudah dan hampir dengan beliau untuk menjaga dan menziarah dengan lebih selesa. Insyaallah jika anda kenali Ejen anda (Wakil Takaful/Insurans) ia dapat membantu memudahkan urusan anda. Jarak bukan penghalang ejen anda membantu anda walau ejen anda tidak dapat melawat/ziarah anda.

Sempat celebrate Birthday di Hospital

Kesimpulan disini saya ingin menasihatkan kepada semua untuk memastikan :

  • Medikal Kad yang aktif sentiasa disimpan dalam Wallet/Beg Duit
  • Pembayaran Medikal Kad dikemaskini
  • Memaklumkan Ejen anda situasi kesihatan sebenar Memilih ejen anda yang serius dalam kerjaya ini
  • Jarak bukan masalah dalam Ejen anda membantu anda 
  • Paling penting ada memiliki Medikal Kad Great Eastern Takaful dan Ejen anda adalah saya (Syahrum Samsuri)

More from my site