fbpx

3 Sebab Kenapa Pekerja Kerajaan Perlu Medikal Kad

Majoriti yang bekerja di sektor awam rasa selesa apabila mereka dijanjikan manfaat perubatan di hospital kerajaan. Tapi ramai yang tak tahu di sebalik kemudahan perubatan untuk pekerja dan pesara sektor awam ni ada had dan batasnya.

Di sini saya senaraikan tiga keburukan apabila seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada manfaat perubatan di hospital kerajaan.

1. Kos Peralatan Tidak Ditanggung

Yes. Gaji doktor di hospital kerajaan ditanggung oleh kerajaan. Yang datang untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan ni kena bayar RM1 je untuk jumpa doktor dan RM5 untuk dapatkan rawatan daripada pakar… Murah!

Namun, kalau kena kes yang serius di mana anda memerlukan penggunaan peralatan canggih di hospital, kos tersebut tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.

Ini dialami sendiri oleh Tuan Abdul Ghani, seorang pesara pegawai pelajaran daerah dan pengetua, di mana beliau terpaksa menggunakan RM11,000 daripada wang pencennya untuk membiayai kos pembelian stent yang dipasang pada jantungnya.

Dalam perkongsiannya yang lain melalui private message, Tuan Abdul Ghani berkongsi bahawa dia terpaksa mengeluarkan RM27,000 untuk kos pembelian besi bagi menggantikan tulang anaknya yang patah kerana menghidap kanser tulang.

Bagi pegawai kerajaan, membayar untuk medical card tu dilihat sebagai satu pembaziran tapi bolehkah anda jamin untuk sepanjang hidup anda everything will be good dan anda tidak akan menghadapi ujian besar seperti ini?

Sanggupkah anda menghabiskan wang simpanan dan wang pencen anda untuk membiayai kos perubatan seperti ini?

2. Boleh Claim Tapi Tak Dijamin

Ada yang berkata pegawai kerajaan kelas tinggi boleh claim kos-kos seperti di atas daripada JPA. Memang boleh claim, tapi belum tentu dapat.

Kenapa?

Tahukah anda terdapat lebih daripada 1.4 juta penjawat awam di negara kita? Bilangan penjawat awam di Malaysia takkan berkurangan malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Dalam 1.4 juta tu, berapa puluh ribu pula yang sama jawatan dengan anda dan berapa puluh ribu lagi yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripada anda? Apakah keistimewaan anda untuk menjamin claim untuk kos perubatan seperti di atas akan dilayan as soon as possible oleh JPA?

Kalau kes untuk tahun-tahun dulu, mungkin ya. Takde masalah nak claim dan JPA boleh pulangkan semula kos perubatan anda dalam masa kurang daripada 3 bulan. Sekarang? Belum tentu lagi sebab terlalu banyak claim.

Sekali lagi, masalah ini dialami sendiri oleh Tuan Abdul Ghani apabila claim yang dipinta kepada JPA untuk kos perubatan anaknya tadi tidak mendapat sebarang layanan/jawapan daripada pihak JPA sehingga sekarang.

3. Berikan Kepada Yang Lebih Memerlukan

Pegawai kerajaan kelas tinggi memang dapat pelbagai kemudahan perubatan daripada hospital kerajaan tapi kenapa kita nak berebut menggunakan perkhidmatan ini?

Takkan tak nampak setiap hari beratus orang beratur untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan?

Apakah anda yang mampu untuk mengeluarkan RM200 sebulan untuk memiliki plan Takaful Medical Card ingin berebut dengan warga emas dan golongan miskin tegar untuk mendapatkan rawatan doktor di hospital kerajaan?

“Kepada pegawai kerajaan, dapatkan medical card dengan co-takaful sebagai back up kepada kemudahan perubatan yang anda dapat. Plan co-takaful lebih murah berbanding full coverage dan cover cost peralatan perubatan yang tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.”

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Kelebihan Medikal Kad Great Eastern

Medikal Kad GETB -

Ada yang tanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Medikal Kad Great Eastern Takaful?
Apa lebihnya Medikal Kad Great Eastern Takaful berbanding yang lain?

Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk-produk Medikal Kad dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

2-Towing service

Sekiranya anda merupakan pemegang Medikal Kad dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.

3-Medical Card TIADA Ko-Takaful

Great Eastern Takaful menawarkan medikal kad dengan pilihan Tanpa Ko Takaful. Pelanggan boleh menaik taraf bilik (Room & Board) tanpa bimbang dgn bayaran bill hospital yg mahal. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar beza harga bilik yg dinaiktaraf,cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medikal Kad .

4-Had Medikal Kad seumur hidup yang tinggi

Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medikal Kadnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.

5-Khairat kematian yang kompetitif

Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.

6-Elaun MC akibat kemalangan

Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.

7- Elaun Hospital

Sekiranya anda ditahan wad anda akan diberi elaun serendah RM50 utk sehari (minimum 8jam), dengan elaun Hospital ini anda dapat menggunakan sebagai ganti rugi kerana anda hilang pendapatan kerana tidak bekerja mengikut berapa hari anda berada di Hospital.

8- Penyakit Awal Kritikal

Apabila seseorang sudah disahkan oleh doktor mengalami penyakit kritikal pada peringkat awal sudah boleh membuat tuntutan.

Contohnya:
Seseorang disah kegagalan sebelah buah pinggang, tuntutan sudah boleh dibuat untuk membuat rawatan seterusnya.

9- 36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia

Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang popular dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :-

1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
3. Penggantian Injap Jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumor Otak
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. Penyakit Alzheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom Apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang Keupayaan Diri
18. Hilang Penglihatan
19. Hilang Pendengaran
20. Hilang Pertuturan
21. Kanser
22. Anaemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar Teruk
26. Kegagalan Buah Pinggang
27. Penyakit Hati Kronik
28. Hepatitis Virus Fulminan
29. Serangan Jantung
30. Penggantian Injap Jantung
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakit Paru-Paru
36. Distrofi Otot

Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Kita hanya merancang

Kita Merancang Menentukan

Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan
image

Kita merancang untuk memiliki :
1) rumah
2) kereta
3) isteri/suami
4) anak-anak

Tetapi

image

Pernahkah kita merancang untuk hadapi masa SAKIT??

 

Pernah terpikir apa akan jadi kepada Rumah, Kereta, Isteri dan anak-anak sekiranya kita tidak merancang hadapi masa SAKIT???

image

Sanggupkah kita kehilangan segala yang kita rancang untuk miliki hanya kerana tidak merancang hadapi masa SAKIT???

image

Izinkan saya berkongsi cara untuk merancang cara hadapi risiko ini.

Ketua Keluarga

IMG_1045.JPG

Jangan sesekali bertangguh, Kita pernah dengar
1) rezeki
2) Ajal maut
Ditangan tuhan, jika telah tertulis itulah ajal kita memang tidak dapat dielak lagi.

Jadi kenapa perlu Insuran/Takaful???

  • Bukan dengan ambil Insuran/Takaful akan memanjangkan hayat kita,
  • Bukan dapat menghidupkan kita.

Apa guna Insuran/Takaful.

Seorang ketua keluarga perlu fikirkan bukan sahaja diri sendiri tetapi perlu fikirkan kebajikan Isteri dan anak-anak.

Ketua Keluarga Ibarat Nakhoda kapal, nakhoda tahu nilai muatan kargo kapal dan kelasi-kelasinya, telah menjadi tanggungjawab dia untuk memastikan kapal lengkap dengan pelampung dan boat penyelamat.

Jika kapal karam nakhoda akan pastikan kelasi kapal dan kargo tidak karam bersama seperti mana kapal Titanic.

(selingan movie Titanic bagi yang belum pernah tengok movie ini)

Jika anda sayangkan keluarga anda mengapa tidak simpan sekarang diGreat Eastern Takaful untuk menjamin keluarga anda tidak karam bersama jika anda tidak dapat bekerja (Penyakit Kritikal/Cacat Kekal) atau mati.

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Dilema Si Ayah

DILEMA :-

faktor2

Seorang ayah perlu ambil Medikal Kad dahulu atau anak (new born)?

 

Sering menjadi kekeliruan atau delima sebuah keluarga yg baru mendapat anak ialah ketika membuat keputusan untuk membeli Insuran Medikal Kad, dengan Bajet Kewangan yg terhad si Ayah/Ibu akan membeli mengambil polisi Medikal Kad kpd anak sedangkan mereka sendiri tiada.

Cukup saya senarai 5 Faktor diatas untuk dipertimbangkan.

Jika Musibah menimpa si Ayah seluruh keluarga akan terjejas dan agagk sukar untuk anak2 mendapatkan bantuan untuk ayah;

my kid

Tetapi jika Musibah menimpa si Anak pula si Ayah tidak akan duduk diam mencari/ berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk si Anak.

*Fikir-fikirkanlah jika kita sayangi keluarga dan anak-anak kita

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :