fbpx

Archives May 2015

Tabung Haji

Gempar cerita tentang wang Tabung Haji disalahgunakan dan dilaburkan ke saluran yang tidak sepatutnya…
image

Saya ambil kesempatan untuk berkongsi bagaimana wang simpanan tuan/puan boleh disimpan selain di Tabung Haji.

image

Great Eastern Takaful telah memperkenalkan plan simpanan untuk bakal Haji dan Umrah sebagai pelengkap kepada simpanan Tabung Haji dan alternatif Simpanan tuan/puan.
image
i~Great Amal mempunyai banyak kelebihan selain dari nilai wang simpanan untuk menunaikan Haji dan Umrah sahaja.

Antara kelebihan i~Great Amal :

Tempoh caruman adalah minimum selama 10 tahun sehinggalah maksimum 50 tahun atau umur peserta berusia 70 tahun. Berikut merupakan manfaat yang akan diperoleh dengan mencarum dalam I-Great Amal:

  1. Nilai Asas Dilindungi
  2. Perlindungan berganda
  3. Wang Saku untuk menunaikan Haji/Umrah
  4. Badal Haji
  5. 1 Bahagian Korban
  6. Wang simpanan
  7. Pampasan Penyakit Kritikal
  8. Medikal Kad
  9. Pengecualian Cukai
  1. Nilai Asas Dilindungi (Basic Sum Covered)

Ini adalah nilai pampasan yang akan diterima sekiranya mengalami lumpuh kekal atau meninggal dunia. Minimum RM10,000.

  • Perlindungan Berganda

Peserta atau waris akan menerima pampasan 2 kali ganda dari Nilai Asas Dilindungi sekiranya peserta mengalami lumpuh kekal atau meninggal dunia ketika menunaikan Haji dan Umrah.

  • Wang Saku Untuk Menunaikan Haji/Umrah

Wang saku ini terbahagi kepada dua jenis.

  • Pertama di tuntut semasa dalam tempoh caruman.
  • Kedua, dituntut apabila sijil matang.

Jenis pertama iaitu yang dituntut semasa mencarum cuma bernilai RM800. Jenis kedua iaitu yang dituntut apabila sijil matang pula bernilai RM2,000.

Wang saku ini hanya layak dituntut selepas 5 tahun mencarum.

  • Badal Haji

Screenshot (28)

Badal Haji atau Upah Haji yang bernilai RM3,000 ini akan dilakukan secara automatik sekiranya kita kembali ke Rahmatullah/meninggal dunia dalam tempoh mencarum. Nilai Badal Haji ini akan ditolak dari Nilai Asas Dilindungi.
image

  • 1 Bahagian Korban

Selepas mencarum selama 10 tahun, kita layak mendapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Nilai Korban ini boleh dituntut dalam dua kaedah.

  • Pertama, kita mahu lakukan korban dengan sendiri.
  • Kedua, kita minta Great Eastern Takaful lakukan korban itu bagi pihak kita.

Bagi kaedah pertama, cek bernilai RM500 akan dikeluarkan kepada kita untuk kita tunaikan dan membeli sendiri 1 bahagian korban.

Bagi kaedah kedua, satu surat pemberitahuan akan diberikan kepada kita bahawa ibadah korban kita telah dilaksanakan.

  • Wang Simpanan

Wang simpanan hanya boleh diterima apabila sijil matang. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan. Wang simpanan yang diperolehi mungkin lebih sedikit atau kurang sedikit dari jumlah caruman yang dicarum bergantung kepada risiko pemilik sijil.
image

  • Pampasan Penyakit Kritikal

Pampasan ini merupakan pilihan yang boleh dibuat. Sekiranya kita memilih untuk mempunyai perlindungan ini, kita akan diberikan nilai pampasan sekaligus sekiranya didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal. Wang itu boleh digunakan untuk merawat penyakit atau menunaikan Haji/Umrah.

  • Medikal Kad

Medikal Kad adalah tambahan atau pilihan sekiranya peserta ingin memiliki 2 dalam 1 perlindungan. Great Eastern Takaful menawarkan Medikal Kad dengan nilai minimum rawatan RM600,000 dan perkongsian takaful bersama (KoTakaful)

  • Pengecualian Cukai Pendapatan

Peserta boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967.

slide-15-638

Dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh i-Great Amal tadi, ia memang boleh melengkapkan simpanan di Tabung Haji kita yang semakin hari semakin meningkat. Lagi banyak menyimpan, lagi cepat kita dapat menunaikan Haji/Umrah.

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :

 

Medikal Kad terbaik

Medikal Kad terbaru dari Great Eastern Takaful , kalis inflasi dan 100% Tiada Ko-Takaful

Syahrum Samsuri
019-8819405

3 SENARIO

Senario 1: Simpanan Kecemasan

image

Ali telah menabung tiap bulan RM200 selama 3 tahun , Ali amat bangga dengan disiplin dirinya yg tidak pernah gagal menyimpan… dalam fikiran Ali wang simpanan ini akan digunakan jika berlaku kecemasan…

Pada satu hari Ali kemalangan dan dimasukkan ke Hospital berdekatan, apabila Ali sedar diri dari pengsan dia dapati dia di Hospital Swasta.

Kos perubatan Ali mencecah RM5000, ketika Ali membayar kos perubatannya dia bersyukur kerana ada membuat simpanan .

Wang simpanan Ali masih berbaki RM2,200 . Ali rasakan wang kecemasannya telah berkurangan dan tekad tambahkan simpanan bulanannya sebanyak RM400 bulanannya kerana dia tahu kos perubatan meningkat setiap tahun.

Senario 2: Kad Kredit

Anuar seorang eksekutif muda yang berjaya di ibukota, pendapatan dia yg besar membolehkan dia memiliki kad kredit.

Satu hari Anuar terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital berdekatan, ketika membayar bill Hospital beliau rasa lega kerana Kad Kredit dapat digunakan dalam kecemasan dan kini Anuar membayar balik penggunaan Kad Kredit termasuk faedah kad kredit tersebut.

image

Senario 3 : Medikal Kad

image

Aaryan merupakan seorang eksekutif muda yang baru bekerja dan beliau telah mengambil Medikal Kad dari Great Eastern Takaful.

Setiap bulan Aaryan menyimpan dalam polisinya sebanyak RM200 bulanan.

Beliau terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Swasta terkenal di Ibukota, bayaran bill Hospital beliau mencecah RM7,000 .

Aaryan bersyukur kerana tidak perlu mengeluarkan wang dari simpanan Polisi Takafulnya kerana Medikal Kad yang dimilikinya menanggung kesemua perbelanjaan Hospitalnya.

*Anda boleh membuat pilihan samada membayar sendiri bill Hospital anda atau memilih untuk memiliki Medikal Kad seperti Aaryan.

 

image

 

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :