Cara Warded Hospital untuk pesakit kuarantin Covid-19

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗪𝗮𝗿𝗱𝗲𝗱 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗲 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗦𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮

     112 Hospital Swasta telah bersetuju menerima pesakit Covid, maka ramai yang berminat untuk memilih Hospital Swasta untuk dapatkan rawatan.

     Namun ramai yang tidak tahu cara untuk memulakan langkah untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Swasta kerana mereka sedang dikuarantin.
     Pertama sekali saya ingin ingatkan bahawa C-19 adalah pandemik yang mana semua insurans/takaful mempunyai terma pengecualian.

Namun kebanyakan Syarikat Insurans/Takaful besar yang memberi manfaat tambahan kepada pesakit C-19 atas dasar ‘Goodwill’

𝘽𝙚𝙧𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙖𝙧𝙖-𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙬𝙖𝙧𝙙𝙚𝙙 𝙠𝙚 𝙃𝙤𝙨𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡 𝙎𝙬𝙖𝙨𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝:
 

1. pesakit C-19 perlu hubungi Hospital Swasta untuk dapatkan kekosongan katil.

 
2. Selepas dapat kekosongan katil pihak Hospital Swasta akan minta deposit RM10,000 – RM20,000.
 
3. Selepas Hospital terima bayaran deposit barulah Hospital Swasta tersebut akan mula dapatkan maklumat pesakit dengan berhubung terus dengan pusat kuarantin. Pihak Hospital akan keluarkan surat melalui email ke pusat Kuarantin untuk maklumkan yang pihak Hospital Swasta tersebut bersetuju untuk terima pesakit C-19.
 
4. Pihak Hospital Swasta akan menghantar Ambulan untuk mengambil pesakit C-19 ini dari pusat kuarantin. Sebarang urusan pemindahan adalah sebelum 9 malam oleh itu tindakan selepas jam 9 malam akan ditangguhkan keesokan harinya.
 

     Proses pemindahan akan berjalan lancar jika semuanya diuruskan seawal mungkin. Selain dari itu pesakit C-19 harus ingat bahawa anggaran bill rawatan adalah dalam RM1,500 – RM2,000 sehari bagi pesakit yang tidak mengalami komplikasi teruk.

     Bayaran akan ditolak dari wang deposit hingga ia susut, deposit tambahan akan diminta jika wang deposit telah habis.
Bagi pelanggan GETB, saya ingin ingatkan yang GETB memberi manfaat ini kepada pesakit C-19 yang mendaftar igetintouch bermula stage 3 – 5 shj selagi peruntukan RM1juta masih ada (stage 3- RM5000; stage 4 – RM10,000; stage 5 – RM25,000)
sila rujuk Ejen sebelum memulakan langkah untuk dapatkan khidmat nasihat lebih jelas.
 
 

𝑺𝒀𝑨𝑯𝑹𝑼𝑴 𝑺𝑨𝑴𝑺𝑼𝑹𝑰

𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑳𝒊𝒇𝒆 𝑻𝒂𝒌𝒂𝒇𝒖𝒍 𝑷𝒍𝒂𝒏𝒏𝒆𝒓
📱0198819405