fbpx

Checklist Medical Card

✅ Checklist Pilih Medical Card Takaful

Jangan pilih pelan secara semberono. Gunakan checklist ini untuk buat keputusan tepat dan lindungi keluarga tersayang.

Elak Tersilap Langkah Lindungi Keluarga Anda

Dalam dunia hari ini yang penuh dengan ketidaktentuan – dari kenaikan kos sara hidup, kesesakan hospital kerajaan, hinggalah kepada peningkatan kos rawatan setiap tahun – memiliki medical card takaful bukan lagi satu pilihan sampingan. Ia sudah menjadi keperluan asas bagi setiap individu dan keluarga.

Tapi realitinya, ramai yang masih keliru memilih pelan yang sesuai. Ada yang ambil pelan terlalu murah, akhirnya tak cukup perlindungan. Ada pula yang bayar mahal, tapi tak faham apa yang sebenarnya mereka dilindungi.

Kalau anda seorang suami, isteri, atau ibu bapa yang sedang mempertimbangkan untuk ambil pelan medical card, artikel ini khas untuk anda. Kami kongsikan senarai semak (checklist) profesional dan padat – supaya anda buat keputusan dengan yakin dan bijak.

✅ 1. Faham Had Tahunan (Annual Limit) vs Had Seumur Hidup

Ramai yang tak sedar tentang perbezaan besar antara dua had ini.

Had Seumur Hidup bermaksud jumlah maksimum keseluruhan yang boleh digunakan sepanjang hayat – contohnya RM100,000 seumur hidup. Bila dah capai jumlah tu, pelan anda tamat walaupun anda masih bayar sumbangan bulanan.

Had Tahunan pula lebih moden dan selamat – ia tetapkan jumlah maksimum yang anda boleh guna setiap tahun. Dan jumlah ini akan reset semula setiap tahun.

💡 Tip: Pilih pelan yang menawarkan had tahunan tinggi, contohnya RM100,000 ke atas. Elakkan pelan yang masih gunakan had seumur hidup kerana ia sudah dianggap ketinggalan dan tidak relevan dengan kos rawatan semasa.

 

✅ 2. Semak Senarai Panel Hospital

Tujuan utama medical card adalah supaya anda boleh masuk hospital tanpa perlu keluar duit sendiri — asalkan rawatan anda dilindungi dan anda gunakan hospital panel.

Apa yang perlu anda semak?
✔ Adakah hospital berhampiran rumah anda termasuk dalam senarai panel?
✔ Adakah hospital pakar ternama seperti KPJ, Prince Court, Sunway Medical termasuk dalam panel?
✔ Boleh guna sistem cashless admission, atau kena bayar dahulu dan claim kemudian?

Ingat: Lebih luas panel hospital, lebih mudah untuk anda guna kad bila berlaku kecemasan. Tak semua syarikat takaful tawarkan jaringan hospital yang sama.

 

✅ 3. Pastikan Sumbangan Bulanan Sesuai Dengan Bajet Anda

Kebanyakan orang dewasa bekerja – sama ada di sektor awam atau swasta – mempunyai bajet bulanan yang agak ketat. Jadi penting untuk pilih pelan yang sesuai dengan kemampuan, tanpa mengorbankan perlindungan asas.

Pelan yang terlalu murah mungkin tidak merangkumi banyak manfaat penting. Sebaliknya, pelan yang terlalu mahal mungkin menyebabkan anda terpaksa berhenti di pertengahan jalan kerana tidak mampu bayar sumbangan.

Cadangan: Pilih pelan yang boleh disesuaikan. Saya boleh bantu anda buat perbandingan dari beberapa syarikat takaful dan sesuaikan pelan mengikut bajet dan keperluan keluarga anda.

 

✅ 4. Ketahui Sama Ada Pelan Anda Lindungi Kos Rawatan Sebenar

Tahukah anda, kos perubatan meningkat secara purata 10–15% setiap tahun?

Jika pelan anda tidak dikemaskini atau tidak mengikut inflasi perubatan, anda mungkin perlu bayar dari poket sendiri walaupun sudah ada medical card.

Pelan moden biasanya hadir dengan rider atau ciri yang:
✔ Menyesuaikan jumlah perlindungan berdasarkan inflasi
✔ Menggunakan full medical underwriting untuk manfaat optimum
✔ Tidak mengehadkan rawatan kepada kadar lama

Penting: Jangan hanya lihat harga bulanan. Lihat juga bagaimana pelan itu berkembang mengikut masa.

 

✅ 5. Pelan Untuk Seluruh Keluarga = Perlindungan Menyeluruh

Sebagai ketua keluarga, anda mungkin sedang fikir bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga:
✔ Isteri atau suami
✔ Anak-anak kecil
✔ Ibu atau bapa yang masih belum dilindungi

Ramai ejen takaful tidak menawarkan pelan yang menyeluruh atau tidak mempunyai sistem pemantauan yang efisien untuk kesemua ahli keluarga.

Saya di bawah jenama **Syahrum Agency** menawarkan pilihan dari beberapa syarikat terkemuka seperti:
– AIA Public Takaful
– Great Eastern Takaful
– Etiqa Takaful
– Zurich Takaful
– Takaful Ikhlas
– dan lain-lain

Kelebihan: Anda boleh pilih satu pelan untuk diri anda, dan tambah pasangan serta anak-anak – dalam satu rekod yang saya pantau untuk anda sepanjang tahun.

👨‍👩‍👧‍👦 Perlindungan Hari Ini, Ketenangan Seumur Hidup

Sebagai individu dewasa dan bertanggungjawab, tindakan anda hari ini boleh menentukan masa depan keluarga anda. Jangan tunggu sakit baru mula risau. Medical card takaful hanya boleh diambil ketika anda sihat.

Kita tak mampu kawal bila musibah berlaku, tapi kita boleh kawal persediaan sebelum ia berlaku.

📥 Dapatkan Cadangan Medical Card Takaful Paling Sesuai Untuk Anda

Saya bantu anda buat perbandingan dan carikan pelan terbaik mengikut:
– Umur
– Bajet bulanan
– Status kesihatan
– Keperluan seisi keluarga

✅ Sebutharga adalah percuma
✅ Tiada paksaan untuk beli
✅ Konsultasi 100% secara WhatsApp

 

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

**Syahrum Agency** — Bukan Sekadar Ejen.

Kami Rancang Perlindungan Untuk Keluarga Anda.


 

Senarai Syarikat Takaful

Syarikat Takaful -

 

Berikut adalah senarai 10 syarikat takaful terbaik di Malaysia serta kelebihan masing-masing:

1. Great Eastern Takaful

– **Kelebihan:** Great Eastern Takaful menawarkan produk yang inovatif dan pelbagai pilihan pelan takaful. Mereka mempunyai sejarah panjang dalam industri insurans dan reputasi yang kukuh dalam perkhidmatan pelanggan.

2. Prudential BSN Takaful (PruBSN Takaful)

– **Kelebihan:** PruBSN menyediakan pelbagai pelan takaful yang komprehensif termasuk perlindungan kesihatan, hayat, dan pendidikan. Mereka terkenal dengan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan pelan-pelan yang fleksibel.

3. Etiqa Takaful

– **Kelebihan:** Etiqa menawarkan pelbagai produk takaful dari takaful keluarga hingga takaful am. Mereka dikenali dengan proses tuntutan yang pantas dan efisien serta rangkaian panel hospital yang luas.

4. Takaful Ikhlas

– **Kelebihan:** Takaful Ikhlas menyediakan pelan takaful yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan seperti pelan pendidikan dan pelan kesihatan. Mereka juga terkenal dengan pendekatan Islamik yang kukuh dalam operasi mereka.

5. AIA Public Takaful

– **Kelebihan:** AIA Public Takaful menawarkan pelan takaful yang lengkap termasuk pelan perubatan dan simpanan. Mereka dikenali dengan jaringan hospital yang luas dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

6. Zurich Takaful

– **Kelebihan:** Zurich Takaful menawarkan pelan takaful yang komprehensif dan fleksibel. Mereka mempunyai pelbagai pilihan produk yang memenuhi keperluan perlindungan dan simpanan pelanggan.

7. HSBC Amanah Takaful

– **Kelebihan:** HSBC Amanah Takaful menawarkan pelan perlindungan yang berfokus kepada kebajikan pelanggan dengan nilai tunai yang tinggi. Mereka juga mempunyai pelan pelaburan yang menarik.

8. Syarikat Takaful Malaysia

– **Kelebihan:** Syarikat Takaful Malaysia terkenal dengan pelan takaful yang kompetitif dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Mereka juga menawarkan pelan yang mesra pengguna dan mudah difahami.

9. Manulife Takaful

– **Kelebihan:** Manulife Takaful menawarkan pelan perlindungan yang menyeluruh termasuk pelan kesihatan dan simpanan. Mereka dikenali dengan pendekatan yang inovatif dan fleksibel dalam pelan-pelan mereka.

10. Sun Life Malaysia Takaful

– **Kelebihan:** Sun Life Malaysia Takaful menyediakan pelbagai produk takaful yang komprehensif dengan nilai tunai yang baik. Mereka juga mempunyai perkhidmatan pelanggan yang mesra dan profesional.

Setiap syarikat di atas mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan keutamaan anda.

 

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

I-Get In Touch

I-Get In Touch

Ia adalah portal layan diri sehenti yang memberikan akses eksklusif kepada pelanggan Great Eastern Takaful untuk menyemak butiran Sijil dan melakukan transaksi dalam talian.

Urus Sijil Takaful anda dengan mengemaskini maklumat peribadi anda, menamakan benefisiari dan wasi, melihat dan memuat turun surat dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan pandangan holistik mengenai portfolio perlindungan anda untuk memahami jurang perlindungan anda serta merancang masa depan anda dengan bijak.

Daftar i-Get In Touch sekarang. Ia selamat, mudah digunakan dan mudah alih – akses di telefon pintar, tablet atau komputer riba anda pada bila-bila masa, di mana sahaja; semuanya di hujung jari anda.

APA ITU GREAT ID

Great ID adalah satu identiti log masuk yang digunakan untuk mengurus perkhidmatan digital Great Eastern anda. Great ID tersedia untuk Pemegang Polisi Great Eastern dan Pemilik Sijil Great Eastern Takaful.

Log masuk ID iGet In Touch yang menggunakan NRIC atau Nombor Pengenalan akan digantikan oleh Great ID, di mana Pemilik Sijil boleh menggunakan alamat e-mel pilihan mereka sebagai log masuk ID baru mereka.

CARA DAFTAR i-GET IN TOUCH

Untuk mendaftar, pastikan anda perlu menjadi pemilik sijil Great Eastern bagi produk yang terpilih dahulu. Berikut merupakan cara daftar iGet In Touch:

  1. Log masuk ke https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
  2. Klik ‘Daftar Sekarang’.
  3. Pengesahan diri sebagai pelanggan Great Eastern Takaful Berhad menggunakan kaedah pengesahan pilihan Pemilik Sijil seperti di bawah:
  • ID Peribadi – Masukkan Nombor Pengenalan, tarikh Lahir dan Jantina;
  • Nombor Sijil – Masukkan Nombor Sijil yang aktif dan Nombor Pengenalan
  1. Setelah berjaya membuat pengesahan, Kata Laluan Satu Kali (OTP) enam digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar Pemilik Sijil.
  2. Masukkan alamat e-mel yang sah (sebagai ID log masuk Pemilik Sijil).
  3. Masukkan pin pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel anda.
  4. Lengkapkan pendaftaran dengan klik ‘Teruskan’
  5. Skrin log masuk Great ID akan dipaparkan untuk diakses oleh Pemilik Sijil

CARA LOGIN i-GET IN TOUCH

Setelah anda berjaya mendaftar seperti langkah di atas, anda dah boleh login iGet In Touch. Berikut adalah cara login iGet In Touch:

  1. Layari pautan Great Eastern: https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
  2. Klik pada Log In With Gread ID
  3. Masukkan EMAIL dan PASSWORD anda. Tekan Sumbit
  4. Anda telah berjaya login akaun iGet In Touch

Panduan Pendaftaran

Soalan Lazim

Sebarang soalan boleh bertanya saya
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

45 Penyakit Kritikal

Penyakit Kritikal

Berikut adalah senarai 45 Penyakit Kritikal yang berada dalam perlindungan pampasan sijil Great Eastern Takaful

SENARAI DAN DEFINISI 45 KEJADIAN YANG DILINDUNGI

(1) “Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk”

: Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian imej diakibatkan oleh Penyakit Alzheimer atau Dementia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan otak organik yang tidak boleh pulih. Kejadian yang Dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurangan ketara fungsi mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neorologi.

Berdasarkan definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis;
(ii) penyakit psikiatrik; dan
(iii) kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol.

(2) “Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari”

: Menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten buat pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang dibuktikan oleh angiografi.

Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Kritikal di bawah Sijil ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000. Kejadian yang Dilindungi akan dibayar sekali sahaja dan akan ditolak daripada amaun Sijil ini, sekali gus mengurangkan amaun Jumlah Manfaat yang boleh dibayar.

(3) “Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian”

: Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh:
(i) seorang doktor pakar yang bersesuaian; dan
(ii) kehadiran jangkitan kuman (bakteria) di dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar.

Untuk definisi di atas, lain-lain bentuk meningitis, termasuk meningitis viral adalah tidak dilindungi.

(4) “Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu”

: Tumor benign dalam otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua keadaan berikut dipenuhi:
(i) ia mengancam nyawa;
(ii) ia menyebabkan kerosakan otak;
(iii) ia telah dibuang secara pembedahan ataupun ia telah menyebabkan defisit neurologi yang kekal dengan simptom klinikal berterusan; dan
(iv) kewujudannya mesti disahkan oleh pakar neurologi atau pakar bedah neurologi dan disokong oleh imbasan MRI, CT atau teknik- teknik pengimejan lain yang boleh dipercayai.

Berikut adalah tidak dilindungi:
(i) sista;
(ii) granuloma;
(iii) kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak;
(iv) hematoma
(v) tumor di dalam kelenjar pituitary;
(vi) tumor di dalam tulang belakang; dan
(vii) tumor saraf akustik.

(5) “Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih

: Kehilangan penglihatan kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap apabila diuji menggunakan alat bantuan penglihatan, penglihatan diukur pada 3/60 atau lebih teruk untuk kedua-dua belah mata menggunakan carta mata Snellen atau ujian yang setara dan keputusan tersebut mestilah disahkan oleh pakar oftalmologi.

(6) “Pembedahan Otak”

: Menjalani pembedahan ke atas otak di mana kraniotomi (pembedahan bukaan tengkorak) dilakukan di bawah anestesia am.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) prosedur lubang gerudi (burr hole);
(ii) prosedur transfenoid;
(iii) prosedur bantuan endoskopik atau lain-lain prosedur invasif secara minimum; dan
(iv) pembedahan otak akibat kemalangan.

(7) “Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal”

: Sebarang tumor malignan yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi dan bercirikan pertumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Terma tumor malignan termasuk leukimia, limfoma dan sarcoma.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) semua kanser yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai berikut:
(a) pra-malignan;
(b) bukan invasive;
(c) karsinoma in situ;
(d) mempunyai malignan pinggiran (borderline);
(e) mempunyai potensi malignan;
(ii) semua tumor prostat yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM);
(iii) semua tumor tiroid yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM);
(iv) semua tumor pundi kencing yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM);
(v) leukemia Limfositik Kronik kurang daripada RAI Tahap 3;
(vi) semua kanser dengan kewujudan HIV; dan
(vii) sebarang kanser kulit selain melanoma malignan.

(8) “Kardiomiopati – Keterukan Tertentu”

: Diagnosis muktamad kardiomiopati oleh pakar kardiologi yang menyebabkan kerosakan fungsi ventrikel kekal dan menyebabkan kerosakan fizikal kekal pada sekurang-kurangnya klasifikasi kelas III NYHA mengenai kerosakan jantung. Diagnosis hendaklah disokong oleh hasil penemuan ekokardiografik untuk prestasi ventrikel yang dikompromi.

Kardiomiopati yang berkait langsung dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.

Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut:
Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada kebiasaan akan menyebabkan simptom- simptom.
Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptom-simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.

(9) “Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang”

: Kegagalan kekal dan tidak boleh pulih sumsum tulang yang menyebabkan anemia, neutropenia dan trombositopenia memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) daripada rawatan berikut:
(i) tranfusi produk darah berkala;
(ii) agen perangsang sumsum;
(iii) agen imunosupresif; atau
(iv) transplan sumsum tulang.

Diagnosis mesti disahkan oleh biopsi sumsum tulang.

(10) “Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan”

: Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Pengesahan oleh pakar neurologi mesti dikemukakan.

Berikut adalah tidak dilindungi:
Koma diakibatkan langsung daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

(11) “Pembedahan Pintasan Arteri Koronari”

: Merujuk kepada pembedahan bukaan dada sebenar untuk memulihkan atau merawat Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan cara cantuman pintasan arteri koronari.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) angioplasti;
(ii) teknik intra-arteri yang lain atau teknik berasaskan kateter;
(iii) prosedur lubang kunci (keyhole); dan
(iv) prosedur laser.

(12) “Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih”

: Hilang Upaya mendengar secara kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap kehilangan yang lebih daripada 80 desibel merentasi semua frekuensi pendengaran pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan di dalam bentuk keputusan ujian audiometri dan ujian ambang bunyi mesti disediakan dan disahkan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

(13) “Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian”

: Keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kecacatan fungsian kekal. Kecacatan fungsian kekal mesti mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian.Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Kejadian yang Dilindungi mestilah disahkan oleh pakar neurologi.

Ensefalitis dengan kewujudan jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.

(14) “Kegagalan Hati Tahap Akhir”
(15) “Penyakit Paru- Paru Tahap Akhir”
(16) “AIDS Dengan Gejala Penuh”
(17) “Hepatitis Viral Fulminan”
(18) “Serangan Jantung – Keterukan Tertentu”

: Kegagalan hati tahap akhir dibuktikan oleh semua yang berikut:
(i) jaundis kekal;
(ii) asites (lebihan cecair dalam kaviti peritoneal); dan
(iii) ensefalopati hepatik.
Kegagalan hati berpunca dari alkohol atau penyalahgunaan dadah adalah tidak dilindungi.
: Penyakit paru-paru tahap akhir yang menyebabkan kegagalan pernafasan kronik. Semua kriteria berikut mestilah dipenuhi:
(i) keperluan rawatan oksigen berkala secara kekal;
(ii) gangguan kekal pada fungsi paru-paru dengan Isi padu Ekspirasi Paksa (FEV) yang konsisten kurang daripada satu (1) liter pada saat pertama;
(iii) sesak nafas dalam keadaan rehat; dan
(iv) analisis Asas Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang.
: Manifestasi klinikal bagi AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) mesti disokong oleh keputusan positif ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Manusia) dan satu ujian pengesahan. Sebagai tambahan, Peserta/Orang yang Dilindungi perlu mempunyai kiraan sel CD4 kurang daripada dua ratus (200)/μL dan memenuhi satu (1) atau lebih kriteria berikut:
(i) kehilangan lebih daripada 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang (sindrom susut badan);
(ii) Sarkoma Kaposi;
(iii) Radang Paru-Paru Pneumocystis Carinii;
(iv) leukoensefalopati multifokal progresif;
(v) Tuberkulosis (batuk kering) aktif;
(vi) Kurang daripada seribu (1,000) Limfosit/μL; atau
(vii) Limfoma Malignan.
: Nekrosis (kematian tisu hati) yang separa besar (sub-masif) kepada besar (masif) yang disebabkan oleh sebarang virus seperti yang dibuktikan oleh semua kriteria diagnostik yang berikut:
(i) penyusutan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan oleh ultrasound abdomen;
(ii) nekrosis (kematian tisu) melibatkan keseluruhan lobula, meninggalkan hanya satu rangka retikulum;
(iii) ujian kefungsian hati yang semakin merosot; dan
(iv) jaundis yang semakin mendalam.
Jangkitan viral hepatitis atau status pembawa sahaja (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hepatitis B dan Hepatitis C) tanpa kriteria diagnostik di atas adalah tidak dilindungi.
: Kematian otot jantung, disebabkan oleh kekurangan bekalan darah yang telah menyebabkan infarksi miokardium akut dengan semua bukti berikut:
(i) sejarah sakit dada tipikal;
(ii) perubahan ciri baru elektrokardiografik; dengan pembentukan salah satu daripada yang berikut: peningkatan atau penurunan ST, penyonsangan (inversi) gelombang T, patologi gelombang Q atau blok cabang berkas kiri; dan
(iii) peningkatan petunjuk kardium, termasuk CPK-MB melebihi tahap normal makmal yang diterima secara umum atau Troponin yang direkodkan berada di peringkat berikut atau lebih tinggi:
(a) Troponin T Kardium atau Troponin l Kardium > / = 0.5 ng/ml.

Bukti mesti menunjukkan kejadian infarksi miokardium akut adalah pasti, yang mana seharusnya disahkan oleh pakar kardiologi atau pakar perubatan.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
• kejadian sindrom koronari akut termasuk tetapi tidak terhad kepada angina tidak stabil; dan
• peningkatan petunjk kardium akibat daripada prosedur perkutaneus untuk penyakit arteri koronari

(19) “Pembedahan Injap Jantung”

: Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan injap jantung.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) pembaikan menerusi prosedur intra-arteri; dan
(ii) pembaikan menerusi pembedahan lubang kunci atau lain-lain teknik yang serupa.

(20) “Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah”

: Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) melalui transfusi darah, dengan syarat semua keadaan berikut dipenuhi:
(i) transfusi darah adalah keperluan dari segi perubatan atau diberi sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan;
(ii) transfusi darah adalah diterima di Malaysia atau Singapura selepas kuatkuasa Sijil;
(iii) sumber jangkitan adalah didapati daripada institusi yang memberikan transfuse darah atau institusi yang boleh mengesan punca darah yang dicemari HIV;
(iv) Peserta/Orang yang Dilindungi tidak menghidap hemofilia; dan
(v) Peserta/Orang yang Dilindungi bukan ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi termasuk tetapi tidak terhad kepada pengguna dadah intravena.

(21) “Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang”

: Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik tidak boleh pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.

(22) “Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)”

: Pengesahan oleh pakar yang bersesuaian mengenai kehilangan upaya untuk hidup berdikari dan mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

(23) “Hilang Keupayaan Bertutur”

: Hilang keupayaan bertutur sepenuhnya, berkekalan dan tidak boleh pulih disebabkan oleh kecederaan atau penyakit. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai. Bukti perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit kepada peti suara untuk menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

Semua sebab yang berkaitan psikiatrik adalah tidak dilindungi.

(24) “Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian”

: Kecederaan fizikal di kepala yang mengakibatkan kerosakan kekal terhadap fungsian yang disahkan oleh pakar neurologi. Kerosakan kekal fungsian mesti menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan digunapakai.

(25) “Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang”

: Penerimaan transplan seperti berikut:
• Sumsum tulang manusia menggunakan sel stem hematopoietik didahului dengan ablasi sumsum tulang menyeluruh; atau
• Salah satu daripada organ-organ manusia berikut: jantung, paru- paru, hati, buah pinggang, pankreas yang tidak dapat dipulihkan akibat kegagalan tahap akhir organ yang berkenaan.

Lain-lain pemindahan sel stem adalah tidak dilindungi.

(26) “Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan”

: Diagnosis muktamad penyakit neuron motor oleh pakar neurologi dengan merujuk kepada atrofi otot tulang belakang, bulbar palsi progresif, sclerosis amiotrofik lateral atau sclerosis lateral utama. Mesti ada kekurangan neurologi kekal bersama dengan simptom klinikal berterusan.

(27) “Sklerosis Multipel”

: Diagnosis muktamad sklerosis multipel oleh pakar neurologi. Diagnosis mestilah disokong oleh semua perkara berikut:
(i) siasatan yang mengesahkan bahawa diagnosis adalah Sklerosis Multipel;
(ii) defisit neurologi berbilang yang menyebabkan kecacatan fungsi motor dan deria untuk tempoh yang berterusan sekurang- kurangnya enam (6) bulan; dan
(iii) sejarah eksaserbasi dan peredaan bagi simptom-simptom yang disebut dan defisit neurologi yang didokumenkan dengan baik.

(28) “Distrofi Otot”

: Diagnosis muktamad Distrofi Otot oleh pakar neurologi dan mesti disokong oleh kesemua berikut:
(i) penampilan klinikal kelemahan otot yang progresif;
(ii) tiada penglibatan saraf tengah/ periferal sebagai bukti untuk kehilangan gangguan sensor; dan
(iii) hasil penemuan ciri-ciri elektromiogram dan biopsi otot.

Tiada manfaat akan dibayar di bawah Peristiwa Dilindungi sebelum Peserta/Orang yang Dilindungi mencapai umur 12 tahun tarikh lahir berikutnya.

(29) “Kelumpuhan Anggota”

: Hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau satu tangan dan satu kaki, akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

(30) “Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian”

: Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar neurologi di mana semua keadaan berikut dipenuhi:
(i) tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan;
(ii) menunjukkan tanda-tanda kemerosotan progresif; dan
(iii) pengesahan ketidakupayaan kekal Peserta/Orang yang Dilindungi untuk melakukan tiga (3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian tanpa bantuan.

Hanya penyakit Parkinson idiopatik sahaja yang dilindungi. Parkinson yang disebabkan oleh ubat-ubatan atau toksik adalah tidak dilindungi.

(31) “Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu”

: Diagnosis muktamad hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran ketara ventrikel kanan yang ditentukan menerusi penyiasatan termasuk kateter jantung, yang menyebabkan kecacatan fizikal kekal sehingga tahap sekurang-kurangnya klasifikasi Kelas III Persatuan Jantung New York (NYHA) bagi kerosakan jantung.

Hipertensi arteri pulmonari disebabkan oleh sebab-sebab lain adalah dikecualikan daripada manfaat ini.

Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut:
Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada kebiasaan akan menyebabkan simptom- simptom.
Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptom-simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.

(32) “Penyakit Arteri Koronari Serius”

: Penyempitan lumen bagi Arteri Koronari Kanan (RCA), Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri Sirkumfleks (tidak termasuk cabang-cabang), berlaku pada masa yang sama dengan minimum enam puluh peratus (60%) dalam setiap arteri seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari (prosedur diagnostik bukan invasif adalah tidak dilindungi). Penyempitan sebanyak enam puluh peratus (60%) atau lebih pada Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Areteri Sirkumfleks. Kejadian yang Dilindungi akan dibayar tidak mengira samada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dijalankan atau tidak.

(33) “Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan”

: Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalam tengkorak atau embolisasi dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan adalah digunapakai.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) serangan iskemia sementara (TIA);
(ii) simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migraine;
(iii) kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah; dan
(iv) penyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik atau fungsi- fungsi vestibular.

(34) “Pembedahan Aorta”

: Menjalani pembedahan menerusi torakotomi atau laparotomi (pembedahan bukaan dada atau abdomen) untuk membetulkan aneurisme aorta, sekatan aorta atau pembelahan aorta. Untuk definisi ini, aorta hendaklah bermaksud aorta di bahagian dada dan abdomen tetapi bukan cabangnya.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) angioplasti;
(ii) lain-lain kaedah intra-arteri atau teknik berasaskan kateter;
(iii) prosedur lubang kunci yang lain; dan
(iv) prosedur laser.

(35)“Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk”

: Diagnosis muktamad Lupus Eritematosus Sistemik yang disahkan oleh pakar reumatologi.

Untuk definisi ini, Kejadian yang Dilindungi akan dibayar jika ia mengakibatkan Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis V, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal. Bentuk lain seperti lupus diskoid, atau jenis lain dengan hematologi atau penglibatan sendi sahaja adalah tidak dilindungi.

Klasifikasi Lupus oleh WHO:
Jenis III: Glomerulonefritis Segmen Fokus Jenis IV: Glomerulonefritis Resap
Jenis V: Glomerulonefritis bermembran

(36) “Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu”

: Lecuran kulit tahap ketiga (iaitu ketebalan penuh) meliputi sekurang- kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah kawasan permukaan badan.

(37) “Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan”

: Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (hanya jika Peserta/Orang yang Dilindungi merupakan Kakitangan Perubatan seperti takrif di bawah), yang berlaku akibat kemalangan semasa menjalankan tugas pekerjaan yang biasa, apabila penukaran serum (seroconversion) kepada jangkitan HIV berlaku dalam tempoh enam (6) bulan daripada kemalangan. Sebarang kemalangan yang mungkin menyebabkan tuntutan mestilah dilaporkan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada kemalangan yang berlaku serta disokong dengan ujian HIV negatif yang dijalankan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada kemalangan tersebut.

“Kakitangan Perubatan” ditakrifkan sebagai doktor (Doktor Perubatan Am dan Pakar), pengamal perubatan tradisional, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, doktor pergigian, jururawat pergigian, pekerja ambulans yang bekerja di pusat perubatan atau hospital atau klinik/poliklinik pergigian di Malaysia. Doktor, pengamal perubatan tradisional, jururawat dan doktor pergigian mestilah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

(38) “Penyakit Terminal (Membawa Maut)”

: Diagnosis muktamad suatu keadaan yang dijangka akan mengakibatkan kematian Peserta/Orang yang Dilindungi dalam tempoh dua belas (12) bulan. Peserta/Orang yang Dilindungi mestilah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada penahan sakit. Diagnosis mestilah disokong dengan pengesahan bertulis daripada pakar yang bersesuaian dan disahkan doktor yang dilantik oleh Pengendali Takaful.

(39) “Penyakit Sistik Medular”

: Penyakit buah pinggang keturunan yang progresif dicirikan dengan kewujudan sista dalam medula, atrofi tubular dan fibrisis intestitial dengan manifestasi klinikal seperti anemia, poliuria dan kehilangan natrium dari ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong dengan biopsi ginjal.

(40) “Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)”

: Nekrosis menyeluruh korteks otak dengan pangkal otak tidak terjejas. Diagnosis ini mestilah disahkan pakar perunding neurologi dan berdasarkan temu janji yang dilakukan di hospital yang dibenarkan. Keadaan ini mestilah didokumenkan dari segi perubatan sekurang- kurangnya satu (1) bulan.

(41) “Poliomielitis”

:Poliomielitis berlaku apabila keadaan berikut dipenuhi:

• Virus polio dikenal pasti sebagai punca,
• Kelumpuhan otot anggota badan atau otot pernafasan mestilah berlaku dan berterusan sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan.

(42) “Skleroderma Progresif”

: Penyakit vaskular-kolagen sistemik yang menyebabkan penyebaran fibrosis dengan progresif dalam kulit, saluran darah dan organ viseral. Diagnosis ini mestilah disokong jelas dengan bukti biopsi dan serologi serta gangguan tersebut mestilah telah mencapai perkadaran sistemik yang melibatkan jantung, paru-paru atau buah pinggang.
Perkara berikut dikecualikan:
(a) Skleroderma setempat (skleroderma linear atau morfea);
(b) Eosinifili fasitis; dan
(c) Sindrom CREST.

(43) “Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik”

: Lebih daripada tiga (3) serangan radang pankreas yang mengakibatkan ketidakfungsian pankreas kekal yang menyebabkan serapan nutrien tidak sempurna sehingga memerlukan terapi penggantian enzim.

Diagnosis mestilah dibuat oleh seorang pakar perunding gastroenterologi dan disahkan dengan Kolangiopankreatografi Retrograd Endoskopik (ERCP).

Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik disebabkan pengambilan alkohol atau dadah adalah dikecualikan.

(44) “Elefantiasis (Penyakit Untut)”

: Elefantiasis diakibatkan dan komplikasi daripada filariasis, dicirikan dengan pembengkakan besar pada tisu dalam badan disebabkan gangguan kekal peredaran dalam salur limfa, menyebabkan Peserta/Orang yang Dilindungi hilang upaya kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Kegiatan Kehidupan Harian yang disenaraikan.

“Diagnosis” Elefantiasis yang jelas mestilah disahkan secara klinikal oleh seorang “Pakar” untuk penyakit berjangkit atau “Pakar” dalam bidang yang relevan, termasuklah pengesahan makmal bagi mikrofilaria.

Limfoedema disebabkan jangkitan daripada penyakit melalui hubungan seks, trauma, parut selepas pembedahan, kegagalan jantung kongestif atau keabnormalan sistem limfa kongenital adalah dikecualikan.

(45) “ Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)”

: Penyakit Creutzfeldt-Jakob atau varian Penyakit Creutzfeldt-Jakob berlaku apabila terdapat defisit berkaitan neurologi, menyebabkan Peserta/Orang yang Dilindungi hilang upaya kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Kegiatan Kehidupan Harian yang disenaraikan. Keadaan ini mestilah didokumenkan dari segi perubatan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan disahkan pakar perunding neurologi dengan ujian bersesuaian seperti keputusan Elektroensefalografi (EEG) dan Saringan Cecair Serebrospina (CSF) yang muktamad serta imbasan Tomografi Berkomputer (CT) dan Pengimejan Resonan Magnet (MRI).

“Sakit” disebabkan rawatan hormon tumbesaran manusia adalah dikecualikan.

Definisi :-
“Aktiviti Kehidupan Harian” adalah seperti berikut:

(1) Pemindahan- Duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
(2) Pergerakan – Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.
(3) Perihal Mengawal – Keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing secara sendirinya seperti menjaga kebersihan diri.
(4) Pemakaian – Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
(5) Mandi/Membersihkan diri – Keupayaan untuk membersihkan diri di tempat mandi tab atau mandi pancuran (termasuk memasuki dan keluar dari tempat mandi tab atau mandi pancuran) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.
(6) Makan – Kesemua tugas memasukkan makanan ke dalam badan makanan telah disediakan.

Sekian saja perkongsian kali ini

𝑺𝒀𝑨𝑯𝑹𝑼𝑴 𝑺𝑨𝑴𝑺𝑼𝑹𝑰
𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑳𝒊𝒇𝒆 𝑻𝒂𝒌𝒂𝒇𝒖𝒍 𝑷𝒍𝒂𝒏𝒏𝒆𝒓
Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

PENDAPATAN YANG DIBEKUKAN SELEPAS KEMATIAN

PENDAPATAN YANG DIBEKUKAN SELEPAS KEMATIAN

Semua kita mahu berusaha keras untuk memiliki harta dan kekayaan bagi memenuhi keperluan hidup yang selesa. Malah memiliki harta adalah salah satu lambang kejayaan hidup seseorang.

Islam juga mewajibkan kita mengeluarkan zakat dari keuntungan perniagaan kita. Maknanya islam mahu umatnya mempunyai harta untuk membolehkan kita mengeluarkan zakat setiap tahun.

Dalam perancangan membina kejayaan hidup kita semua akan melalui proses berikut: 

  • MENGUMPUL KEKAYAAN, 
  • MENGURUS KEKAYAAN dan 
  • MEWARISKAN KEKAYAAN.

Harta yang kita perolehi untuk diurus dan diwariskan dapat di bahagikan kepada Harta Mudah Alih dan Tidak Alih seperti yang dinyatakan di bawah:-

Harta yang dimiliki dari mengumpul kekayaan dan mengurus kejayaan, bermula dengan mengumpul kekayaan seawal usia bekerja dengan cara menyimpan wang tunai atau memiliki hartanah sedikit demi sedikit, kemudian mengurus kekayaan yang ada agar ianya bertambah dan meningkat. Maka ramai yang telah berjaya melalui fasa ini akhirnya dapat mengecapi kehidupan yang lebih selesa dari sebelumnya.

Namun sctelah selesai dalam membina kehidupan dengan harta yang dimiliki, ramai dikalangan kita apabila mencapai umur 50-an berhenti memikirkan bagaimana untuk mengurus harta. Keadaan ini berlaku kerana pada pandangan mereka harta yang ada termasuk wang tunai yang ditinggalkan sudah cukup untuk diwariskan pada anak isteri. Bila mereka berhenti mengurus kejayaan maka di sinilah bermulanya masalah PEWARISAN.

Ramai dikalangan kita yang alpa atau kurang serius dalam nemikirkan atau menjangka risiko akan datang yang akan menjadikan harta peninggalan kita boleh menjadi beban kepada anak isteri kita selepas mati nanti. Pada mereka harta yang telah ditinggalkan sudah cukup untuk membiayai kehidupan anak isteri yang ditinggalkan. Sangka mereka dengan wang tunai yang banyak yang ditinggalkan ianya cukup untuk menunaikan bill elektrik, bil air, bil talipon, sewa rumah, ansuran kereta, yuran persekolahan anak-anak, meneruskan perniagaan.

Tanggungjawab mereka di dunia seolah-olah sudah dapat ditunaikan dengan baik apabila mereka merasakan telah tinggalkan duit tunai yang banyak dan harta yang
banyak pada anak isteri. Maka kerana itu bila duit dan harta sudah banyak, sudah tidak menjadi kewajipan pada mereka untuk menjangka risiko akan datang. Mereka fikir mati akan menamatkan tanggungjawab mereka di dunia.

Tetapi kenapa kita masih kerap mendengar anak isteri dan para waris bertelagah sesama sendiri dalam merebut harta. Malah kita pernah dengar ada yang sanggup berbunuhan hanya kerana berebut tanah yang hanya sekangkang kera. Di mana silapnya?

Pendapat umum di kalangan umat islam beranggapan bahawa sekiranya seseorang meninggal dunia, semua harta yang ditinggalkannya samaada harta

mudah alih atau harta tidak alih termasuk akan menjadi harta isteri dan anak-anak simati secara MUTLAK. Atau isteri mereka akan menerima hak mereka melalui kaedah faraid.

Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa bila berlaku kematian semua harta alih dan tidak alihnya termasuklah semua akaun simpanan si mati akan dibekukan oleh undang-undang di bawah Akta Probate dan Pentadbiran 1959 (Disemak 1972). Tujuan pembekuan ini adalah untuk membenarkan proses undang-undang berjalan seperti untuk menyelesaikan semua hutang piutang si mati jika ada dan proses pembahagian harta pusaka itu sendiri.

Proses ini memakan masa yang lama, paling minimum satu tahun dan jika ada pertikaian oleh mana-mana pihak yang berkepentingan terutamanya yang mahu menuntut hutang dari peninggalan harta si mati, maka akan memakan masa yang lebih lama mungkin tiga tahun atau empat tahun dan mungkin lebih lama.

Akibatnya isteri dan anak-anak akan terbeban dan menderita sementara undang-undang membekukan harta si mati. Si isteri akan berhadapan dengan masalah tidak mempunyai tunai yang cukup untuk meneruskan kehidupan selesa yang mereka kecapi sewaktu si suami masih hidup. Banyak cerita yang kita dengar ada diantara mereka yang terpaksa balik kampung atau si isteri terpaksa bekerja kilang atau menjual nasi lemak untuk menampung keperluan hidup.

Si isteri mungkin akan bernasib baik setelah undang-undang menguruskan hutang piutang si mati, si isteri masih menerima baki dari harta arwah suaminya. Apa jadi jika kesemua harta peninggalan arwah terpaksa digunakan untuk melunaskan hutang piutang suami. Sukar untuk kita gambarkan.

Sebaliknya, dari segi hukum FARAID, semua harta pusaka si mati BUKAN semata-mata menjadi milik isteri dan anak-anaknya tapi juga menjadi hak milik bapa, ibu, atau mungkin adik beradik si mati. Dalam erti kata lain waris-waris si mati (selain isteri dan anak-anaknya) seperti ibu, bapa dan adik beradik si mati boleh menuntut hak masing-masing ke atas harta pusaka simati.

Dari segi pembahagian secara faraid, harta pusaka si mati boleh dituntut oleh waris-warisnya, mengikut bahagian masing-masing, seperti berikut:

  • ibu 1/6 bhg
  • bapa 1/6 bhg
  • isteri 1/8 bhs
  • anak perempuan -1 bhg
  • anak lelaki – 2 bhg.
  • adik beradik lelaki si mati
  • adik beradik perempuan si mati

Oleh yang demikian, isteri simati tidak boleh mendakwa bahawa rumah pusaka peninggalan suaminya itu adalah hak milik mutlak dia dan anak-anaknya sahaja. Kalau ini berlaku bermakna dia menafikan hak ibu dan bapa mertua serta ipar duainya itu. Dalam kes ini si isteri tersebut boleh dianggap mengambil hak orang lain secara batil. Tanpa sedar hukumnya adalah berdosa.

Contoh

Ketika suami meninggal dunia, dia neninggalkan wang tunai RM1 juta pada isterinya, namun wang sebanyak itu bukan jumlah bersih kerana ianya perlu melunaskan beberapa perkara yang ditinggalkan suaminya. Antaranya ialah menguruskan jenazah, membayar hutang si suami,membahagi harta ikut harta sepencarian, menyelesaikan wasiat, mengfaraidkan harta. Selepas ditolak semua urusan tersebut si isteri hanya layak menerima 1/8 sahaja dari lebihan yang tinggal. Jika bakinya ialah RM500,000 maka ikut faraid si isteri hanya layak menerima RM62,500.00 sahaja (iaitu 1/8 dari harta yang ditinggalkan). selebihnya adalah hak orang lain iaitu hak anak lelakinya dan hak
anak perempuannya, hak bapa si suami dan hak ibu arwah suaminya. Jika tidak ada anak lelaki, bapa saudaranya pulak berhak ke atas harta itu.

Jika si isteri yang telah menjadi balu itu mengambil semua duit itu bermakna dia telah mengambil hak orang lain. Lebih menakutkan lagi jika dia termakan harta anak yatim, walaupun harta itu sendiri hakikatnya adalah harta anaknya sendiri.

Masalah akan berlaku pada si isteri yang terpaksa menanggung kehidupan membesarkan anak-anak dan mengurus harta suami selepas kematian suami. Dalam erti kata lain dia terpaksa mengambil alih semua urusan kewangan keluarganya. Isteri tentunya memerlukan cash flow yang banyak untuk menguruskan kewangan keluarganya. Apatah lagi dia terpaksa juga bersusah payah neneruskan perniagaan suami yang ditinggalkan,

Lebih malang lagi dalam hal pembahagian pusaka, jika si isteri mempunyai masalah dalam hubungan adik beradiknya. Ini tentunya akan menimbulkan masalah dalam pembahagian harta hingga kadangkala terpaksa diselesaikan di mahkamah. Ini jika berlaku tentunya akan memakan masa yang bukan sedikit di mahkamah. Ada yang sampai bertahun-tahun lamanya. Lebih rumit lagi apabila si isteri hanya mempunyai seorang anak perempuan tunggal yang mendapat bahagian yang kurang dari harta peninggalan arwah suami berbanding dengan bapa-bapa saudaranya yang mendapat hak menuntut harta pusaka arwah ayahnya.

Suami yang mati bukan sahaja mati dalam keadaan meninggalkan harta yang tidak terurus dengan baik tapi juga boleh mendatangkan DOSA pada isterinya tanpa disedari oleh isteri.

BAGAIMANA MASAALAH INI BOLEH DIELAKKAN.

Di sinilah peranan skim Takaful boleh membantu dalam meringankan masalah yang akan dihadapi oleh waris yang ditinggalkan, terutama pada isteri dan anak-anak.Setidak-tidaknya skim Takaful dapat menyediakan TUNAI dengan kadar segera. Kerana takaful tertakluk dibawah Akta Takaful yang mana polisi takaful tidak akan dibekukan.

APA YANG PATUT DI LAKUKAN.

Si suami membentuk harta pusaka wang tunai melalui Skim Takaful dan HIBAHkan (dihadiahkan) kepada isteri, anak-anak atau kepada sesiapa sahaja mengikut peratusan yang yang dikehendaki dan mengikut kemahuannya sendiri.

Sebagai contoh si suami semasa hidupnya mengambil polisi takaful berjumlah RM1Juta . Apabila berlaku kematian jumlah polisi RM1Juta tadi akan terus diserahkan kepada si isteri atau sesiapa sahaja yang dinamakan dalam surat pengisytiharan hibah tadi dalam masa yang singkat, kerana tuntutan Takaful tidak dibekukan atau dikecualikan dari akta Probate.

Dengan mendapat tunai dalam masa yang singkat lebih kurang satu bulan akan banyak melapangkan masalah Kewangan yang terpaksa dihadapi oleh keluarga itu segera. Dan yang paling utama pampasan RM1Juta tidak perlu difaraidkan kerana semasa hayatnya arwah telah menghibahkan faedah takaful tadi kepada isterinya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada mereka meminta-minta”

(Riwayat Bukhari)

credit to :-  Tuan Raman Haji Md Yasni (Jihad Bisnes Takaful)

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :

MENGAPA PERLU TAKAFUL

MENGAPA PERLU

      Dikala kita melafazkan ijab dan kabul di hari perkahwinan kita, kita sudah bersedia menerima tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Bermulalah pelbagai perancangan terutama perancangan kewangan apatah lagi di kala sudah mempunyai anak-anak kerana kita bertanggungjawab memastikan keselamatan, kewangan keluarga terjamin jika apa-apa terjadi pada kita. Kini semakin ramai masyarakat kita sedar kepentingan ini.

    Ketika hidup kita merancang dan memastikan semua kebajikan waris kita terjaga dan terbela seperti makan minum, pakaian, persekolahan dan lain-lain dengan sempurna. Namun adakah selepas kita mati nanti adakah waris kita akan terus terbela dan hidup dengan selesa seperti sebelumnya. Kita hanya boleh menjawabnya jika ketika hidup kita sudah bersedia dengan perancangan untuk memastikan waris terdekat kita terbela dengan perancangan awal kita.

    Dalam ertikata lain kita harus juga merancang kebajikan waris terbela jika kita ditakdirkan meninggal dunia. Kita mesti pastikan kebajikan mereka akan terus terjamin setelah ketiadaan kita. Mati pasti datang pada semua kita. Hanya masa sahaja yang akan menentukan. Oleh itu merancang kewangan juga mestilah menjadi satu keutamaan hidup sebagai persediaan kita menghadapi mati.

    Mempunyai simpanan yang banyak di institusi kewangan belum mencukupi sebagai persediaan jika musibah berlaku pada ketua keluarga secara tiba-tiba. Bagaimana perancangan pembahagian dan cara bagaimana ianya dibahagikan itu juga sangat penting disediakan, agar harta pusaka itu dapat segera dibahagikan. Disinilah kita perlu memikirkan tentang skim takaful kerana dengan menyumbang sedikit caruman, kita sudah boleh menyediakan tabung kewangan yang lebih banyak dari apa yang kita sumbangkan.

Contoh 1:

          Seorang peserta yang bekerja dan berpendapatan bulanan, berumur 30 tahun, menyumbang RM100.00 sebulan. Maka peserta itu sudah membentuk tabung kewangan takaful untuk diri dan warisnya. Jika musibah berlaku seperti kematian atau hilang upaya kekal bantuan takaful sebanyak lebih kurang RM50,000 (mengikut plan Takaful yang disertainya) akan diberi kepada waris peserta tersebut dengan segera sebagai bayaran kehilangan pendapatan. Dengan duit inilah nanti warisnya dapat gunakan untuk menstabilkan semula kehidupan mereka setelah kematian peserta.

    Kematian peserta juga bermakna hilang pendapatan pada waris. Inilah yang dimaksudkan bagaimana skim takaful dapat membela kehidupan waris peserta selepas kematiannya. Inilah maksud kerjasama saling bantu membantu antara peserta yang ramai menyertai skim takaful tadi. Jika kita hendak membentuk tabung musibah secara sendirian sebanyak RM50,000, tentunya ia akan memakan masa yang sangat lama dan mungkin tidak kesampaian kerana dalam perjalanan hidup itu mungkin kita akan ditimpa musibah pula.

    Oleh yang demikian setiap ketua keluarga mesti memiliki skim takaful untuk keluarganya sebagai alat perlindungan kehilangan pendapatan. Waris akan hidup terbela semasa kita masih hidup bersama mereka dan akan terus terbela selepas kematian kita. Inilah keistimewaan dan kelebihan Takaful.

Contoh 2 :

          Ketua keluarga bekerja dan mendapat pendapatan. Katakanlah RM2000 sebulan. Dia membelanjakan pendapatannya itu untuk dirinya dan terutama untuk kekuarganya seperti makan minum, bill utiliti, sewa rumah, yuran persekolah dan tuition anak, pakaian, ansuran kenderaan dll. Ini di panggil tanggungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya.

    Tetapi kita mesti ingat bahawa kita bekerja dan dapat pendapatan sebab dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Kita tidak boleh menafikan kesihatan baik tidak terjamin sepanjang masa. Kita terdedah kepada pelbagai risiko terutamanya hilang upaya atau meninggal dunia awal di kala keluarga masih bergantung pada kita. Jika musibah secara tiba-tiba ini berlaku maka kita akan hilang daya untuk bekerja dan hilang punca pendapatan.

    Seorang ketua keluarga dengan memperuntukkan sedikit budgetnya dari pendapatannya setiap bulan atau tahun, dia sudah dapat membentuk tabung gantian kehilangan pendapatan segera jika berlaku musibah yang datang secara tiba-tiba tadi. Mungkin ada prospek yang bertanya berapa banyak tabung penggantian pendapatan yang perlu dibentuk jika musibah berlaku. Seorang konsultant takaful yang professional tentunya boleh membantu memberi khidmat nasihat kepada masyarakat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada mereka meminta-minta”

(Riwayat Bukhari)

credit to :-  Tuan Raman Haji Md Yasni (Jihad Bisnes Takaful)

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :

Ibu Tunggal

keluarga+bahagia

Azmi seorang kakitangan jawatan tinggi di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur berkahwin dgn Azmah yang sepejabat dengan atas dasar cinta.

Mereka dikurniakan 3 cahaya mata dan mereka hidup bahagia bersama.

Azmah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian menjaga dan mendidik anak-anak mereka sendiri.

Azmi amat gembira dengan keputusan Azmah dan berjanji dengan Azmah untuk tidak mensia-siakan pengorbanan Azmah dan akan berkerja keras untuk memastikan Azmah dan keluarga mereka hidup senang. Setelah 3 tahun Azmah bergelar suri rumah sepenuh masa Azmah perasan perubahan ketara dengan sikap Azmi.

Azmi tidak segembira dahulu, dia kerap menjauh diri dan kelihatan penat. Azmi juga sering menolak pelawaannya untuk makan bersama, Azmi mula kelihatan kurus.

Pada suatu hari ketika mereka sekeluarga membeli barang dapur dengan tiba-tiba Azmi jatuh pitam. Azmah terkejut dan segera meminta bantuan orang ramai. Azmi telah dikejarkan ke Hospital berdekatan dalam keadaan tak sedarkan diri.

Setiba di Hospital Azmi telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan kerana Serangan Jantung.
IMG-20151101-WA0011
Azmah menjadi balu ketika umurnya 32 tahun dengan 3 anak dan 1 dalam kandungan. Azmah amat tertekan keatas nasib malang yang menimpa dia. Kini Azmah tiada tempat mengadu, tiada punca pendapatan kerana telah 3 tahun berhenti kerja dan amat sukar baginya untuk mendapat pekerjaan. Wang KWSP arwah pula mengambil masa untuk dipindahkan kerana arwah tidak letak penama.

Satu hari Azmah didatangi oleh sahabat arwah suaminya bernama Danial dan menyerahkan cek bernilai RM300,000. Danial menjelaskan bahawa arwah ada mengambil polisi Takaful 5tahun lepas.

Azmah amat bersyukur kerana arwah suami sentiasa memikirkan yang terbaik untuk dia dan anak-anak.

Dengan wang itu Azmah dapat menguruskan belanja keluarga dan bertahan sementara waktu mendapat pekerjaan. Azmah juga mengambil polisi Takaful supaya anak-anaknya tidak akan bermasalah sekiranya dia meninggal dunia dahulu.

Bertindaklah segera, dapatkan plan Takaful untuk pastikan anda dilindungi. Hubungi saya untuk sebarang persoalan.

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :

 

Kita hanya merancang

Kita Merancang Menentukan

Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan
image

Kita merancang untuk memiliki :
1) rumah
2) kereta
3) isteri/suami
4) anak-anak

Tetapi

image

Pernahkah kita merancang untuk hadapi masa SAKIT??

 

Pernah terpikir apa akan jadi kepada Rumah, Kereta, Isteri dan anak-anak sekiranya kita tidak merancang hadapi masa SAKIT???

image

Sanggupkah kita kehilangan segala yang kita rancang untuk miliki hanya kerana tidak merancang hadapi masa SAKIT???

image

Izinkan saya berkongsi cara untuk merancang cara hadapi risiko ini.

Total Permanent Disable

image

Definition of TPD
Total Permanent Disability :

A: loss of 2 or more limbs at or above wrist or ankle

Or

Loss of 2 eyes

Or 1 eye 1 limb combination.

B: unable to do 3 of the 6 daily living activities

1)Eating
2)Bathing
3)Go toilet
4)In n out of wheelchair
5)Dressing
6)Mobility

image

Syahrum Samsuri
019-8819405

Stroke

1 dari 45 jenis penyakit kritikal adalah Stroke.

Apakah itu Stroke ? Adakah Stroke boleh diubati? Apakah langkah-langkah awal mengubati Stroke? Apa punca stroke? Jenis-jenis Stroke dan cara rawatan yang diperlukan semua ada dlm video ini.

Pentingnya Takaful dpt meringankan beban rawatan penyakit ini dan pentingnya plan pampasan penyakit awal kritikal.

*Adakah polisi anda melindungi penyakit awal kritikal?, Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :