Malang tidak berbau

Malang tidak berbau

Dalam kesibukan mengejar masa, semua orang berpusu-pusu, berkejar-kejar untuk tiba ke destinasi dalam masa yang dijanjikan…

Hari ini 17Oktober pukul 8.40 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, satu kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong betul-betul dihadapan mata dan mujur tiada melibatkan kehilangan nyawa.

Dalam mengejar masa juga sempat saya berhenti memberi bantuan, bertindak memberhentikan kenderaan saya ditengah jalan bagi menghalang sebarang rempuhan kepada mangsa kemalangan.Saya dapat memimpin mangsa ke bahu jalan dan mengalihkan motor beliau ke tepi jalan.

Alhamdulilah segalanya selesai selepas ketibaan Polis Bantuan.

IMG_1013.JPG

 

Tidak banyak gambar yang sempat dirakamkan kerana sibuk menyelamat dan menenangkan mangsa yang berada dalam keadaan terkejut.

Setelah saya menelefon majikan beliau untuk maklumkan kemalangan beliau , memberi nombor saya kepada mangsa dan memastikan beliau mampu untuk ke klinik saya pun beredar.

 

p/s – Malang tidak berbau, berhati-hati saja tidak mencukupi kerana kemungkinan pihak lain yang melanggar kita, lindungi diri dan keluarga dengan miliki Medikal Kad dan Takaful.

 

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Medikal Kad dan Takaful demi perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation Perlindungan keluarga anda:

QUOTATION