Dikala kita melafazkan ijab dan kabul di hari perkahwinan kita, kita sudah bersedia menerima tanggungjawab sebagai ketua keluarga.  Bermulalah pelbagai perancangan terutama perancangan kewangan apatah lagi di kala sudah mempunyai anak-anak kerana kita bertanggungjawab memastikan keselamatan, kewangan keluarga terjamin jika apa-apa terjadi pada kita. Kini semakin ramai masyarakat kita sedar kepentingan ini.

Ketika hidup kita merancang dan memastikan semua kebajikan waris kita terjaga dan terbela seperti makan minum, pakaian, persekolahan dan lain-lain dengan sempurna. Namun adakah selepas kita mati nanti adakah waris kita akan terus terbela dan hidup dengan selesa seperti sebelumnya. Kita hanya boleh menjawabnya jika ketika hidup kita sudah bersedia dengan perancangan untuk memastikan waris terdekat kita terbela dengan perancangan awal kita.

Dalam ertikata lain kita harus juga merancang kebajikan waris terbela jika kita ditakdirkan meninggal dunia. Kita mesti pastikan kebajikan mereka akan terus terjamin setelah ketiadaan kita. Mati pasti datang pada semua kita. Hanya masa sahaja yang akan menentukan. Oleh itu merancang kewangan juga mestilah menjadi satu keutamaan hidup sebagai persediaan kita menghadapi mati.

Mempunyai simpanan yang banyak di institusi kewangan belum mencukupi sebagai persediaan jika musibah berlaku pada ketua keluarga secara tiba-tiba. Bagaimana perancangan pembahagian dan cara bagaimana ianya dibahagikan itu juga sangat penting disediakan, agar harta pusaka itu dapat segera dibahagikan. Disinilah kita perlu memikirkan tentang skim takaful kerana dengan menyumbang sedikit caruman, kita sudah boleh menyediakan tabung kewangan yang lebih banyak dari apa yang kita sumbangkan.

Contoh 1:

Seorang peserta yang bekerja dan berpendapatan bulanan, berumur 30 tahun, menyumbang RM100.00 sebulan. Maka peserta itu sudah membentuk tabung kewangan takaful untuk diri dan warisnya. Jika musibah berlaku seperti kematian atau hilang upaya kekal bantuan takaful sebanyak lebih kurang RM50,000 (mengikut plan Takaful yang disertainya) akan diberi kepada waris peserta tersebut dengan segera sebagai bayaran kehilangan pendapatan. Dengan duit inilah nanti warisnya dapat gunakan untuk menstabilkan semula kehidupan mereka setelah kematian peserta.

Kematian peserta juga bermakna hilang pendapatan pada waris. Inilah yang dimaksudkan bagaimana skim takaful dapat membela kehidupan waris peserta selepas kematiannya. Inilah maksud kerjasama saling bantu membantu antara peserta yang ramai menyertai skim takaful tadi. Jika kita hendak membentuk tabung musibah secara sendirian sebanyak RM50,000, tentunya ia akan memakan masa yang sangat lama dan mungkin tidak kesampaian kerana dalam perjalanan hidup itu mungkin kita akan ditimpa musibah pula.

Oleh yang demikian setiap ketua keluarga mesti memiliki skim takaful untuk keluarganya sebagai alat perlindungan kehilangan pendapatan. Waris akan hidup terbela semasa kita masih hidup bersama mereka dan akan terus terbela selepas kematian kita. Inilah keistimewaan dan kelebihan Takaful.

Contoh 2 :

Ketua keluarga bekerja dan mendapat pendapatan. Katakanlah RM2000 sebulan. Dia membelanjakan pendapatannya itu untuk dirinya dan terutama untuk kekuarganya seperti makan minum, bill utiliti, sewa rumah, yuran persekolah dan tuition anak, pakaian, ansuran kenderaan dll. Ini di panggil tanggungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya.

Tetapi kita mesti ingat bahawa kita bekerja dan dapat pendapatan sebab dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Kita tidak boleh menafikan kesihatan baik tidak terjamin sepanjang masa. Kita terdedah kepada pelbagai risiko terutamanya hilang upaya atau meninggal dunia awal di kala keluarga masih bergantung pada kita. Jika musibah secara tiba-tiba ini berlaku maka kita akan hilang daya untuk bekerja dan hilang punca pendapatan.

Seorang ketua keluarga dengan memperuntukkan sedikit budgetnya dari pendapatannya setiap bulan atau tahun, dia sudah dapat membentuk tabung gantian kehilangan pendapatan segera jika berlaku musibah yang datang secara tiba-tiba tadi. Mungkin ada prospek yang bertanya berapa banyak tabung penggantian pendapatan yang perlu dibentuk jika musibah berlaku. Seorang konsultant takaful yang professional tentunya boleh membantu memberi khidmat nasihat kepada masyarakat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada mereka meminta-minta”

(Riwayat Bukhari)

credit to :-  Tuan Raman Haji Md Yasni (Jihad Bisnes Takaful)

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation  :

More from my site