Majoriti yang bekerja di sektor awam rasa selesa apabila mereka dijanjikan manfaat perubatan di hospital kerajaan. Tapi ramai yang tak tahu di sebalik kemudahan perubatan untuk pekerja dan pesara sektor awam ni ada had dan batasnya.

Di sini saya senaraikan tiga keburukan apabila seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada manfaat perubatan di hospital kerajaan.

1. Kos Peralatan Tidak Ditanggung

Yes. Gaji doktor di hospital kerajaan ditanggung oleh kerajaan. Yang datang untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan ni kena bayar RM1 je untuk jumpa doktor dan RM5 untuk dapatkan rawatan daripada pakar… Murah!

Namun, kalau kena kes yang serius di mana anda memerlukan penggunaan peralatan canggih di hospital, kos tersebut tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.

Ini dialami sendiri oleh Tuan Abdul Ghani, seorang pesara pegawai pelajaran daerah dan pengetua, di mana beliau terpaksa menggunakan RM11,000 daripada wang pencennya untuk membiayai kos pembelian stent yang dipasang pada jantungnya.

Dalam perkongsiannya yang lain melalui private message, Tuan Abdul Ghani berkongsi bahawa dia terpaksa mengeluarkan RM27,000 untuk kos pembelian besi bagi menggantikan tulang anaknya yang patah kerana menghidap kanser tulang.

Bagi pegawai kerajaan, membayar untuk medical card tu dilihat sebagai satu pembaziran tapi bolehkah anda jamin untuk sepanjang hidup anda everything will be good dan anda tidak akan menghadapi ujian besar seperti ini?

Sanggupkah anda menghabiskan wang simpanan dan wang pencen anda untuk membiayai kos perubatan seperti ini?

2. Boleh Claim Tapi Tak Dijamin

Ada yang berkata pegawai kerajaan kelas tinggi boleh claim kos-kos seperti di atas daripada JPA. Memang boleh claim, tapi belum tentu dapat.

Kenapa?

Tahukah anda terdapat lebih daripada 1.4 juta penjawat awam di negara kita? Bilangan penjawat awam di Malaysia takkan berkurangan malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Dalam 1.4 juta tu, berapa puluh ribu pula yang sama jawatan dengan anda dan berapa puluh ribu lagi yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripada anda? Apakah keistimewaan anda untuk menjamin claim untuk kos perubatan seperti di atas akan dilayan as soon as possible oleh JPA?

Kalau kes untuk tahun-tahun dulu, mungkin ya. Takde masalah nak claim dan JPA boleh pulangkan semula kos perubatan anda dalam masa kurang daripada 3 bulan. Sekarang? Belum tentu lagi sebab terlalu banyak claim.

Sekali lagi, masalah ini dialami sendiri oleh Tuan Abdul Ghani apabila claim yang dipinta kepada JPA untuk kos perubatan anaknya tadi tidak mendapat sebarang layanan/jawapan daripada pihak JPA sehingga sekarang.

3. Berikan Kepada Yang Lebih Memerlukan

Pegawai kerajaan kelas tinggi memang dapat pelbagai kemudahan perubatan daripada hospital kerajaan tapi kenapa kita nak berebut menggunakan perkhidmatan ini?

Takkan tak nampak setiap hari beratus orang beratur untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan?

Apakah anda yang mampu untuk mengeluarkan RM200 sebulan untuk memiliki plan Takaful Medical Card ingin berebut dengan warga emas dan golongan miskin tegar untuk mendapatkan rawatan doktor di hospital kerajaan?

“Kepada pegawai kerajaan, dapatkan medical card dengan co-takaful sebagai back up kepada kemudahan perubatan yang anda dapat. Plan co-takaful lebih murah berbanding full coverage dan cover cost peralatan perubatan yang tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.”

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

More from my site