Azmi seorang kakitangan jawatan tinggi di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur berkahwin dgn Azmah yang sepejabat dengan atas dasar cinta.
Mereka dikurniakan 3 cahaya mata dan mereka hidup bahagia bersama.
Azmah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian menjaga dan mendidik anak-anak mereka sendiri.
Azmi amat gembira dengan keputusan Azmah dan berjanji dengan Azmah untuk tidak mensia-siakan pengorbanan Azmah dan akan berkerja keras untuk memastikan Azmah dan keluarga mereka hidup senang. Setelah 3 tahun Azmah bergelar suri rumah sepenuh masa Azmah perasan perubahan ketara dengan sikap Azmi.
Azmi tidak segembira dahulu, dia kerap menjauh diri dan kelihatan penat. Azmi juga sering menolak pelawaannya untuk makan bersama, Azmi mula kelihatan kurus.
Pada suatu hari ketika mereka sekeluarga membeli barang dapur dengan tiba-tiba Azmi jatuh pitam. Azmah terkejut dan segera meminta bantuan orang ramai. Azmi telah dikejarkan ke Hospital berdekatan dalam keadaan tak sedarkan diri.
Setiba di Hospital Azmi telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan kerana Serangan Jantung. Azmah menjadi balu ketika umurnya 32 tahun dengan 3 anak dan 1 dalam kandungan. Azmah amat tertekan keatas nasib malang yang menimpa dia. Kini Azmah tiada tempat mengadu, tiada punca pendapatan kerana telah 3 tahun berhenti kerja dan amat sukar baginya untuk mendapat pekerjaan. Wang KWSP arwah pula mengambil masa untuk dipindahkan kerana arwah tidak letak penama.
Satu hari Azmah didatangi oleh sahabat arwah suaminya bernama Danial dan menyerahkan cek bernilai RM300,000. Danial menjelaskan bahawa arwah ada mengambil polisi Takaful 5tahun lepas.
Azmah amat bersyukur kerana arwah suami sentiasa memikirkan yang terbaik untuk dia dan anak-anak.
Dengan wang itu Azmah dapat menguruskan belanja keluarga dan bertahan sementara waktu mendapat pekerjaan. Azmah juga mengambil polisi Takaful supaya anak-anaknya tidak akan bermasalah sekiranya dia meninggal dunia dahulu.
Bertindaklah segera, dapatkan plan Takaful untuk pastikan anda dilindungi. Hubungi saya untuk sebarang persoalan.
Ada yang tanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Medikal Kad Great Eastern Takaful? Apa lebihnya Medikal Kad Great Eastern Takaful berbanding yang lain?
Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk-produk Medikal Kad dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-
1-Konsep hibah
Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.
2-Towing service
Sekiranya anda merupakan pemegang Medikal Kad dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.
3-Medical Card TIADA Ko-Takaful
Great Eastern Takaful menawarkan medikal kad dengan pilihan Tanpa Ko Takaful. Pelanggan boleh menaik taraf bilik (Room & Board) tanpa bimbang dgn bayaran bill hospital yg mahal. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar beza harga bilik yg dinaiktaraf,cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medikal Kad .
4-Had Medikal Kad seumur hidup yang tinggi
Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medikal Kadnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.
5-Khairat kematian yang kompetitif
Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.
6-Elaun MC akibat kemalangan
Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.
7- Elaun Hospital
Sekiranya anda ditahan wad anda akan diberi elaun serendah RM50 utk sehari (minimum 8jam), dengan elaun Hospital ini anda dapat menggunakan sebagai ganti rugi kerana anda hilang pendapatan kerana tidak bekerja mengikut berapa hari anda berada di Hospital.
8- Penyakit Awal Kritikal
Apabila seseorang sudah disahkan oleh doktor mengalami penyakit kritikal pada peringkat awal sudah boleh membuat tuntutan.
Contohnya: Seseorang disah kegagalan sebelah buah pinggang, tuntutan sudah boleh dibuat untuk membuat rawatan seterusnya.
9- 36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia
Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang popular dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :-
1. Penyakit Arteri Koronari 2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius 3. Penggantian Injap Jantung 4. Pembedahan Aorta 5. Kardiomiopati 6. Ensefalitis 7. Tumor Otak 8. Meningitis Bakteria 9. Penyakit Neuron Motor 10. Penyakit Parkinson 11. Penyakit Alzheimer 12. Poliomielitis 13. Sklerosis Berbilang 14. Sindrom Apalik 15. Lumpuh 16. Koma 17. Hilang Keupayaan Diri 18. Hilang Penglihatan 19. Hilang Pendengaran 20. Hilang Pertuturan 21. Kanser 22. Anaemia Aplastik 23. Trauma Kepala Utama 24. Luka Terbakar Teruk 26. Kegagalan Buah Pinggang 27. Penyakit Hati Kronik 28. Hepatitis Virus Fulminan 29. Serangan Jantung 30. Penggantian Injap Jantung 31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer 32. Pembedahan Otak 33. Strok 34. Lumpuh Paraplegia 35. Penyakit Paru-Paru 36. Distrofi Otot
Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.
Apakah itu Stroke ? Adakah Stroke boleh diubati? Apakah langkah-langkah awal mengubati Stroke? Apa punca stroke? Jenis-jenis Stroke dan cara rawatan yang diperlukan semua ada dlm video ini.
Pentingnya Takaful dpt meringankan beban rawatan penyakit ini dan pentingnya plan pampasan penyakit awal kritikal.
*Adakah polisi anda melindungi penyakit awal kritikal?, Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*
Rawatan pesakit luar di klinik boleh menggunakan kelebihan ini tanpa perlu warded (Outpatient)
Kelebihan ini hanya jika berlaku sebarang kes kemalangan (jatuh tangga, jatuh katil, terseliuh, kemalangan jalanraya dan apa saja kemalangan) pemegang Medikal Kad boleh menikmati kelebihan rawatan percuma (bayar dan tuntut)
Caranya mudah sahaja:
1) Pergi ke mana-mana klinik atau hospital dalam tempoh 24jam selepas kemalangan 2) Dapatkan rawatan 3) Bayar bill rawatan 4) Simpan resit asal untuk tujuan tuntutan 5) hubungi ejen anda atau terus ke Great Eastern utk buat tuntutan*
*jika bill kurang RM350~ minta doktor sahkan diagnosis belakang resit *jika bill lebih RM350~ perlu sertakan borang pengesahan doktor
Bersama ini saya sertakan list dokumen yg perlu disertakan:
Gempar cerita tentang wang Tabung Haji disalahgunakan dan dilaburkan ke saluran yang tidak sepatutnya…
Saya ambil kesempatan untuk berkongsi bagaimana wang simpanan tuan/puan boleh disimpan selain di Tabung Haji.
Great Eastern Takaful telah memperkenalkan plan simpanan untuk bakal Haji dan Umrah sebagai pelengkap kepada simpanan Tabung Haji dan alternatif Simpanan tuan/puan. i~Great Amal mempunyai banyak kelebihan selain dari nilai wang simpanan untuk menunaikan Haji dan Umrah sahaja.
Antara kelebihan i~Great Amal :
Tempoh caruman adalah minimum selama 10 tahun sehinggalah maksimum 50 tahun atau umur peserta berusia 70 tahun. Berikut merupakan manfaat yang akan diperoleh dengan mencarum dalam I-Great Amal:
Nilai Asas Dilindungi
Perlindungan berganda
Wang Saku untuk menunaikan Haji/Umrah
Badal Haji
1 Bahagian Korban
Wang simpanan
Pampasan Penyakit Kritikal
Medikal Kad
Pengecualian Cukai
Nilai Asas Dilindungi (Basic Sum Covered)
Ini adalah nilai pampasan yang akan diterima sekiranya mengalami lumpuh kekal atau meninggal dunia. Minimum RM10,000.
Perlindungan Berganda
Peserta atau waris akan menerima pampasan 2 kali ganda dari Nilai Asas Dilindungi sekiranya peserta mengalami lumpuh kekal atau meninggal dunia ketika menunaikan Haji dan Umrah.
Wang Saku Untuk Menunaikan Haji/Umrah
Wang saku ini terbahagi kepada dua jenis.
Pertama di tuntut semasa dalam tempoh caruman.
Kedua, dituntut apabila sijil matang.
Jenis pertama iaitu yang dituntut semasa mencarum cuma bernilai RM800. Jenis kedua iaitu yang dituntut apabila sijil matang pula bernilai RM2,000.
Wang saku ini hanya layak dituntut selepas 5 tahun mencarum.
Badal Haji
Badal Haji atau Upah Haji yang bernilai RM3,000 ini akan dilakukan secara automatik sekiranya kita kembali ke Rahmatullah/meninggal dunia dalam tempoh mencarum. Nilai Badal Haji ini akan ditolak dari Nilai Asas Dilindungi.
1 Bahagian Korban
Selepas mencarum selama 10 tahun, kita layak mendapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Nilai Korban ini boleh dituntut dalam dua kaedah.
Pertama, kita mahu lakukan korban dengan sendiri.
Kedua, kita minta Great Eastern Takaful lakukan korban itu bagi pihak kita.
Bagi kaedah pertama, cek bernilai RM500 akan dikeluarkan kepada kita untuk kita tunaikan dan membeli sendiri 1 bahagian korban.
Bagi kaedah kedua, satu surat pemberitahuan akan diberikan kepada kita bahawa ibadah korban kita telah dilaksanakan.
Wang Simpanan
Wang simpanan hanya boleh diterima apabila sijil matang. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan. Wang simpanan yang diperolehi mungkin lebih sedikit atau kurang sedikit dari jumlah caruman yang dicarum bergantung kepada risiko pemilik sijil.
Pampasan Penyakit Kritikal
Pampasan ini merupakan pilihan yang boleh dibuat. Sekiranya kita memilih untuk mempunyai perlindungan ini, kita akan diberikan nilai pampasan sekaligus sekiranya didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal. Wang itu boleh digunakan untuk merawat penyakit atau menunaikan Haji/Umrah.
Medikal Kad
Medikal Kad adalah tambahan atau pilihan sekiranya peserta ingin memiliki 2 dalam 1 perlindungan. Great Eastern Takaful menawarkan Medikal Kad dengan nilai minimum rawatan RM600,000 dan perkongsian takaful bersama (KoTakaful)
Pengecualian Cukai Pendapatan
Peserta boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967.
Dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh i-Great Amal tadi, ia memang boleh melengkapkan simpanan di Tabung Haji kita yang semakin hari semakin meningkat. Lagi banyak menyimpan, lagi cepat kita dapat menunaikan Haji/Umrah.
Ali telah menabung tiap bulan RM200 selama 3 tahun , Ali amat bangga dengan disiplin dirinya yg tidak pernah gagal menyimpan… dalam fikiran Ali wang simpanan ini akan digunakan jika berlaku kecemasan…
Pada satu hari Ali kemalangan dan dimasukkan ke Hospital berdekatan, apabila Ali sedar diri dari pengsan dia dapati dia di Hospital Swasta.
Kos perubatan Ali mencecah RM5000, ketika Ali membayar kos perubatannya dia bersyukur kerana ada membuat simpanan .
Wang simpanan Ali masih berbaki RM2,200 . Ali rasakan wang kecemasannya telah berkurangan dan tekad tambahkan simpanan bulanannya sebanyak RM400 bulanannya kerana dia tahu kos perubatan meningkat setiap tahun.
Senario 2: Kad Kredit
Anuar seorang eksekutif muda yang berjaya di ibukota, pendapatan dia yg besar membolehkan dia memiliki kad kredit.
Satu hari Anuar terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital berdekatan, ketika membayar bill Hospital beliau rasa lega kerana Kad Kredit dapat digunakan dalam kecemasan dan kini Anuar membayar balik penggunaan Kad Kredit termasuk faedah kad kredit tersebut.
Senario 3 : Medikal Kad
Aaryan merupakan seorang eksekutif muda yang baru bekerja dan beliau telah mengambil Medikal Kad dari Great Eastern Takaful.
Setiap bulan Aaryan menyimpan dalam polisinya sebanyak RM200 bulanan.
Beliau terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Swasta terkenal di Ibukota, bayaran bill Hospital beliau mencecah RM7,000 .
Aaryan bersyukur kerana tidak perlu mengeluarkan wang dari simpanan Polisi Takafulnya kerana Medikal Kad yang dimilikinya menanggung kesemua perbelanjaan Hospitalnya.
*Anda boleh membuat pilihan samada membayar sendiri bill Hospital anda atau memilih untuk memiliki Medikal Kad seperti Aaryan.