fbpx

Archives January 2015

Penghargaan kepada Ejen Takaful

Alhamdulilah…pulang dari kerja dan terima sepucuk surat…

Bila dibuka ia adalah Kad Penghargaan dari Great Eastern Takaful kepada Ejen-ejennya…

image

Semoga tahun 2015 memberi lebih kejayaan kepada semua ejen Takaful di Malaysia

Anda ingin bersama-sama saya memperjuangkan Takaful??

Hubungi saya di 019-8819405 untuk tahu lebih lanjut atau klik gambar dibawah

 

Syahrum Samsuri
019-8819405

Rawatan Kesihatan

Membayar bill hospital disaat kita tua dan berumur, adalah amat sukar kerana disaat itulah kita tidak mampu lagi bekerja untuk membayar bill yang mahal. Apatah lagi jika disaat itu tiada anak-anak disisi untuk membantu.

Apa yang berlaku kepada warga emas ini amat mengecewakan tapi apakan daya….

Bapa Ditipu 7 Anak Sendiri Sebanyak RM4 juta Dan Diabaikan Mereka

warga emas

MELAKA: Mempunyai anak yang ramai kini bukan lagi tiket bagi seorang bapa untuk hidup bahagia di usia emas apatah lagi merasai kehidupan serba mewah.

Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang warga emas yang menghidap angin ahmar, Daut @ Kasim Jali, 81, yang terpaksa bekerja sendiri demi menyara kehidupan serta rawatan kesihatan setelah dipinggir tujuh anak kandungnya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Daut yang dahulunya mewah sebagai pengusaha tiga stesen minyak serta dua ladang sawit dan ternakan ayam masing-masing berkeluasan 2.02 hektar sekitar Melaka, kini ibarat kais pagi makan pagi apabila wang simpanannya serta deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM900,000 turut lenyap akibat ditipu oleh anak kandungnya.

Menurut Daut, aset yang bernilai lebih RM4 juta itu telah diagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan secara berperingkat sejak tahun 70-an.

“Saya usahakan semua sejak berpuluh tahun namun, akhirnya saya tidak mendapat apa-apa.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya malah, nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya dengan pendapatan yang tidak seberapa sedangkan kos rawatan kesihatan tinggi.

“Saya terpaksa bekerja bersama rakan kongsi dengan menyewa tapak reban ayam di Rembau, Negeri Sembilan walaupun sakit, demi menampung perbelanjaan,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) negeri, Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin dan Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya, Sofiah Ngah, 77.

Kata Daut, ketika dalam keadaan sakit dan tidak berfikiran waras, dia telah diperdaya oleh salah seorang anaknya dengan menukar segala hak milik pegangan saham syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise ke atas nama anaknya itu.

Ini termasuklah ladang ternakan ayam daging, sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000 serta akaun simpanan semasa syarikat itu bernilai RM100,000.

Selain itu, Daut turut kehilangan deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000.

Kata Daut, kini dia hidup menumpang kasih dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Rokiah, 63, serta tujuh anak tirinya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut berkata, dia kini menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 daripada anak-anaknya selain hasil perniagaan ladang ayam yang dikira dari jumlah anak ayam yang masuk ke reban, hasil pendapatan kelapa sawit (RM1,500) setiap kali tuaian serta setengah daripada hasil jualan rumah di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adli berkata, kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 20 Januari ini pukul 9 pagi. ─ Utusan Malaysia

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Medikal Kad dan Takaful demi perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Pelaburan Tahun 2015

Cabaran Pelaburan Tahun 2015

wpid-images-2.jpg.jpegUlasan ekonomi oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Ekonomi) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14).

Negara kita semakin menghampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yg semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat. Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya muda mudi :

1. Berjimat cermat; Berbelanja bila perlu sahaja, berhati-hati dengan YES (YEAR END SALE) kerana pembaziran boleh berlaku dalam suasana SALE ini.

image

2. Elakkan berhutang kerana dimasa akan datang interest dari pihak bank akan naik. Kelak kita akan MATI utk cuba membayar interest.

image

3. JANGAN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun seperti mana yg sudah berlaku di Singapura dan UK oleh kerana ‘OVERSUPPLY’. Tambah beliau di sekitar lebuh raya KESAS sahaja, sejumlah 20ribu unit property yg sudah mendapat CF namun hanya 20-30% sahaja yang terisi.

image

Oleh itu rancanglah untuk memiliki sebuah property apabila harga rumah turun dan EKONOMI kita semakin pulih.

4. Lakukan pelaburan jangka masa panjang untuk mengembangkan wang kita. Pelbagai pelaburan yang ada seperti Insuran, Tabung Haji, Unit Trust, saham, dan lain-lain. Jangan hanya menabung didalam bank sahaja.

image

image

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.

image

Selamat Tahun Baru.

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Plan Pelaburan Takaful serta manfaat sesuai untuk anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Syahrum Samsuri
Perunding Takaful
019-8819405