Apakah itu Stroke ? Adakah Stroke boleh diubati? Apakah langkah-langkah awal mengubati Stroke? Apa punca stroke? Jenis-jenis Stroke dan cara rawatan yang diperlukan semua ada dlm video ini.
Pentingnya Takaful dpt meringankan beban rawatan penyakit ini dan pentingnya plan pampasan penyakit awal kritikal.
*Adakah polisi anda melindungi penyakit awal kritikal?, Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*
Rawatan pesakit luar di klinik boleh menggunakan kelebihan ini tanpa perlu warded (Outpatient)
Kelebihan ini hanya jika berlaku sebarang kes kemalangan (jatuh tangga, jatuh katil, terseliuh, kemalangan jalanraya dan apa saja kemalangan) pemegang Medikal Kad boleh menikmati kelebihan rawatan percuma (bayar dan tuntut)
Caranya mudah sahaja:
1) Pergi ke mana-mana klinik atau hospital dalam tempoh 24jam selepas kemalangan 2) Dapatkan rawatan 3) Bayar bill rawatan 4) Simpan resit asal untuk tujuan tuntutan 5) hubungi ejen anda atau terus ke Great Eastern utk buat tuntutan*
*jika bill kurang RM350~ minta doktor sahkan diagnosis belakang resit *jika bill lebih RM350~ perlu sertakan borang pengesahan doktor
Bersama ini saya sertakan list dokumen yg perlu disertakan:
Gempar cerita tentang wang Tabung Haji disalahgunakan dan dilaburkan ke saluran yang tidak sepatutnya…
Saya ambil kesempatan untuk berkongsi bagaimana wang simpanan tuan/puan boleh disimpan selain di Tabung Haji.
Great Eastern Takaful telah memperkenalkan plan simpanan untuk bakal Haji dan Umrah sebagai pelengkap kepada simpanan Tabung Haji dan alternatif Simpanan tuan/puan. i~Great Amal mempunyai banyak kelebihan selain dari nilai wang simpanan untuk menunaikan Haji dan Umrah sahaja.
Antara kelebihan i~Great Amal :
Tempoh caruman adalah minimum selama 10 tahun sehinggalah maksimum 50 tahun atau umur peserta berusia 70 tahun. Berikut merupakan manfaat yang akan diperoleh dengan mencarum dalam I-Great Amal:
Nilai Asas Dilindungi
Perlindungan berganda
Wang Saku untuk menunaikan Haji/Umrah
Badal Haji
1 Bahagian Korban
Wang simpanan
Pampasan Penyakit Kritikal
Medikal Kad
Pengecualian Cukai
Nilai Asas Dilindungi (Basic Sum Covered)
Ini adalah nilai pampasan yang akan diterima sekiranya mengalami lumpuh kekal atau meninggal dunia. Minimum RM10,000.
Perlindungan Berganda
Peserta atau waris akan menerima pampasan 2 kali ganda dari Nilai Asas Dilindungi sekiranya peserta mengalami lumpuh kekal atau meninggal dunia ketika menunaikan Haji dan Umrah.
Wang Saku Untuk Menunaikan Haji/Umrah
Wang saku ini terbahagi kepada dua jenis.
Pertama di tuntut semasa dalam tempoh caruman.
Kedua, dituntut apabila sijil matang.
Jenis pertama iaitu yang dituntut semasa mencarum cuma bernilai RM800. Jenis kedua iaitu yang dituntut apabila sijil matang pula bernilai RM2,000.
Wang saku ini hanya layak dituntut selepas 5 tahun mencarum.
Badal Haji
Badal Haji atau Upah Haji yang bernilai RM3,000 ini akan dilakukan secara automatik sekiranya kita kembali ke Rahmatullah/meninggal dunia dalam tempoh mencarum. Nilai Badal Haji ini akan ditolak dari Nilai Asas Dilindungi.
1 Bahagian Korban
Selepas mencarum selama 10 tahun, kita layak mendapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Nilai Korban ini boleh dituntut dalam dua kaedah.
Pertama, kita mahu lakukan korban dengan sendiri.
Kedua, kita minta Great Eastern Takaful lakukan korban itu bagi pihak kita.
Bagi kaedah pertama, cek bernilai RM500 akan dikeluarkan kepada kita untuk kita tunaikan dan membeli sendiri 1 bahagian korban.
Bagi kaedah kedua, satu surat pemberitahuan akan diberikan kepada kita bahawa ibadah korban kita telah dilaksanakan.
Wang Simpanan
Wang simpanan hanya boleh diterima apabila sijil matang. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan. Wang simpanan yang diperolehi mungkin lebih sedikit atau kurang sedikit dari jumlah caruman yang dicarum bergantung kepada risiko pemilik sijil.
Pampasan Penyakit Kritikal
Pampasan ini merupakan pilihan yang boleh dibuat. Sekiranya kita memilih untuk mempunyai perlindungan ini, kita akan diberikan nilai pampasan sekaligus sekiranya didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal. Wang itu boleh digunakan untuk merawat penyakit atau menunaikan Haji/Umrah.
Medikal Kad
Medikal Kad adalah tambahan atau pilihan sekiranya peserta ingin memiliki 2 dalam 1 perlindungan. Great Eastern Takaful menawarkan Medikal Kad dengan nilai minimum rawatan RM600,000 dan perkongsian takaful bersama (KoTakaful)
Pengecualian Cukai Pendapatan
Peserta boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967.
Dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh i-Great Amal tadi, ia memang boleh melengkapkan simpanan di Tabung Haji kita yang semakin hari semakin meningkat. Lagi banyak menyimpan, lagi cepat kita dapat menunaikan Haji/Umrah.
Ali telah menabung tiap bulan RM200 selama 3 tahun , Ali amat bangga dengan disiplin dirinya yg tidak pernah gagal menyimpan… dalam fikiran Ali wang simpanan ini akan digunakan jika berlaku kecemasan…
Pada satu hari Ali kemalangan dan dimasukkan ke Hospital berdekatan, apabila Ali sedar diri dari pengsan dia dapati dia di Hospital Swasta.
Kos perubatan Ali mencecah RM5000, ketika Ali membayar kos perubatannya dia bersyukur kerana ada membuat simpanan .
Wang simpanan Ali masih berbaki RM2,200 . Ali rasakan wang kecemasannya telah berkurangan dan tekad tambahkan simpanan bulanannya sebanyak RM400 bulanannya kerana dia tahu kos perubatan meningkat setiap tahun.
Senario 2: Kad Kredit
Anuar seorang eksekutif muda yang berjaya di ibukota, pendapatan dia yg besar membolehkan dia memiliki kad kredit.
Satu hari Anuar terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital berdekatan, ketika membayar bill Hospital beliau rasa lega kerana Kad Kredit dapat digunakan dalam kecemasan dan kini Anuar membayar balik penggunaan Kad Kredit termasuk faedah kad kredit tersebut.
Senario 3 : Medikal Kad
Aaryan merupakan seorang eksekutif muda yang baru bekerja dan beliau telah mengambil Medikal Kad dari Great Eastern Takaful.
Setiap bulan Aaryan menyimpan dalam polisinya sebanyak RM200 bulanan.
Beliau terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Swasta terkenal di Ibukota, bayaran bill Hospital beliau mencecah RM7,000 .
Aaryan bersyukur kerana tidak perlu mengeluarkan wang dari simpanan Polisi Takafulnya kerana Medikal Kad yang dimilikinya menanggung kesemua perbelanjaan Hospitalnya.
*Anda boleh membuat pilihan samada membayar sendiri bill Hospital anda atau memilih untuk memiliki Medikal Kad seperti Aaryan.
Hari ni saya ingin berkongsi tentang Denggi kerana malam tadi dapat berita tentang sahabat saya di Kuching yang kehilangan ibu kerana Denggi berdarah.
Smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama golongan orang2 yg briman.. Aamiin Ya Rabbul Alamin..
Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.Mandi jerlum.Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
Gunakan ubat nyamuk.Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
Muntah berlarutan/berpanjangan.Sakit perut.Kurang bermaya/sawan.Sesak nafas.Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.Pejabat Kesihatan berhampiran.Klinik Kesihatan berhampiran.Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Semakan akhir:26 April 2012Penulis:Dr. Jasvinder KaurPenyemak:Dr. Thahira bt. Jamal Mohamed
Berikut sumber terkini cara meredakan demam denggi:
Bersama kita cegah Denggi dengan mengawal pembiakan Nyamuk Aedes
The power of RM100 ini adalah menifestasi kekuasaan RM100 yg jarang diterokai oleh orang kebanyakan.
Fikirkan bersama… ” RM100 kalau dicampak ke dalam longkang setiap bulan, tidak akan menjadikan anda seorang yang miskin papa kedana.
Begitu juga RM100 kalau disimpan dimana mana institusi kewangan, tidak akan menjadikan anda jutawan berharta.
Namun RM100 ni kalau disumbangkan ke dalam Takaful akan memberi rasa lega kepada diri anda dan keluarga tercinta.
Yakni dengan sumbangan RM100 setiap bulan, tanggungan keluarga secara langsung akan terlindung serta terjamin dengan sejumlah pampasan bernilai RM200,000 “
# Menukar RM100 kpd RM105 itu simpanan bank. # Menukar RM100 kpd RM110 itu ASB. # Menukar RM100 kpd RM120 itu Unit trust. # Menukar RM100 kpd RM200 itu berniaga.
Namun, MENUKAR RM100 KPD RM200,000 ITU HANYA BOLEH JADI DENGAN TAKAFUL.
Itu lah THE POWER of RM100 yang sukar dibandingkan dengan mana-mana instrument kewangan yang ujud dalam sistem kewangan sejagat.. Insha Allah , semoga beroleh manfaat..