Dalam kesibukan mengejar masa, semua orang berpusu-pusu, berkejar-kejar untuk tiba ke destinasi dalam masa yang dijanjikan…
Hari ini 17Oktober pukul 8.40 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, satu kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong betul-betul dihadapan mata dan mujur tiada melibatkan kehilangan nyawa.
Dalam mengejar masa juga sempat saya berhenti memberi bantuan, bertindak memberhentikan kenderaan saya ditengah jalan bagi menghalang sebarang rempuhan kepada mangsa kemalangan.Saya dapat memimpin mangsa ke bahu jalan dan mengalihkan motor beliau ke tepi jalan.
Alhamdulilah segalanya selesai selepas ketibaan Polis Bantuan.
Malam tadi selepas pulang dari sharing insuran/takaful dapat news yg amat mengejutkan dari seorang sahabat… Abang beliau (Amran) telah meninggal dunia secara mengejut ketika memetik buah mangga di depan rumah untuk isteri yg sedang mengandung. Arwah berumur 37 thn meninggalkan 1 isteri dan 8 anak termasuk dlm kandungan…
p/s – mati tidak menunggu masa, sekiranya arwah mempunyai Takaful bernilai RM200,000 sekurang-kurangnya bebanan isteri dapat dikurangkan untuk membesarkan 8 orang anak.
Semoga para pembaca dapat fikir sebentar masa depan isteri, anak-anak atau waris selepas baca kisah ini.
Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah
Satu percutian yang amat bermakna kepada ejen baru seperti saya, terasa segala usaha selama 3 bulan dari Januari – Mac14 tidak sia-sia , saya terus layak untuk percutian ke Phuket.
Saya sediri tak terfikir saya akan berjaya dalam industri ini…Walaupun baru saya akan teruskan usaha ini demi memartabatkan Takaful dan membuka peluang pekerjaan yang dikuasai majoriti bangsa asing.
Pernah saya dengar “If you love to travel, why not travel 1st Class for Free”
Macam tak percaya tapi tak mustahil jika dengan Great Eastern.
Penerbangan Malaysia Airlines menjadi pilihan Great Eastern. Setiba di Lapangan Terbang Phuket kami disambut oleh Sakee (tour agent) serta 2 gadis berpakaian tradisional Thailand
Perjalanan kami diteruskan ke kilang memproses kacang gajus, melalui pekan lama Phuket
Kemudian kami dibawa ke Wat Chalong , ia sebuah rumah ibadat Buddha terbesar di Phuket dan sami terkuat Thailand tinggal disini sehingga akhir hayat mereka
Perjalanan diteruskan pula ke Siam Niramit, di sini satu persembahan yang memukaukan mata berlangsung, Persembahan teater yang hebat tentang sejarah Siam, tapi malang “No Camera”
Kami dibawa makan dahulu dan kemudian menonton persembahan pembuka tirai di luar dewan teater
Selepas tamat persembahan teater yang berlangsung selama 2 jam baru lah kami dibawa checkin hotel.
Kepenatan amat berbaloi, nanti saya sambung semula kesah perjalanan ke Phuket.
Anda ingin bersama-sama saya memperjuangkan Takaful??
Hubungi saya di 019-8819405 untuk tahu lebih lanjut atau klik gambar di bawah,
Kesihatan anak-anak menjadi perkara utama sering difikirkan oleh Ibubapa ,dan tidak dilupakan Pendidikan mereka…
Dengan kadar inflasi sekarang boleh dikatakan peningkatan yuran pengajian akan meningkat 20% setiap 5 Tahun, dan sekiranya pinjaman Pendidikan adalah pilihan utama cuba bayangkan berapakah Ansuran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan oleh anak-anak kita selepas habis Diploma…
Alhamdulilah setelah berjaya berkongsi idea bersama teman-teman serta kenalan baru tentang kepentingan Takaful melindungi keluarga akhirnya perjuangan ini dihargai dan dianugerahkan ‘Great Smart Leo’
Segala penat lelah dan pengorbanan keluarga berjaya membuktikan bahawa usaha berterusan insyaallah akan mendapat ganjaran…
Syarat-syarat untuk layak mendapat Anugerah
Setiap kali ‘award’ pasti akan berlangsung di Genting Highland, segala perbelanjaan Hotel dan makan minum dibiaya oleh Great Eastern..
Saya tidak melepaskan peluang untuk membawa bersama keluarga untuk bercuti di Genting Highland.
Walaupun bilik dibiaya oleh Great Eastern namun untuk kali ini saya tidak bermalam di Genting kerana keesokan harinya perlu berada di KLIA untuk percutian ke Phuket juga ditanggung sepenuhnya oleh Great Eastern
Pada mulanya saya tidak pernah terpikir akan menjadi Ejen insuran/Takaful, apatah lagi berjaya setakat ini… Alasan yang sering saya berikan adalah saya tidak pandai bercakap…
Alhamdulilah perasaan itu telah saya buang jauh demi ingin berkongsi idea Takaful dalam masa yang sama ingin keluar dari kemelut kewangan.
Kini dengan menjadi ejen Takaful kenaikan pendapatan/gaji adalah setiap bulan.
Terima kasih kepada Great Eastern Takaful, isteri saya ,GSM Bruce Sim ,USM 3Lions Agency dan client-client saya yang percaya dan menyokong saya selama ini.
Anda ingin bersama-sama saya memperjuangkan Takaful??
Hubungi saya di 019-8819405 untuk tahu lebih lanjut atau klik gambar dibawah
Mesti tahu MRTT VS MLTT sebelum membeli kediaman sendiri
Sekarang ramai yang sudah pun membeli rumah.Dan tak kurang juga yang sedang dalam proses membeli rumah. Bagi yang sedang berurusan membeli rumah,masih sempat untuk saya bertanya perkara ini:
Apakah perbezaan MRTA dengan MLTA?
Ini adalah 2 perkara penting untuk kita tahu sebelum kita membayar wang kita untuknya.
Hari ini saya ingin berkongsikan APA itu MRTA dan APA itu MLTA. Selepas membaca artikel ini, saya harap bakal pembeli rumah baru dapat membuat keputusan dengan sebijaknya.
Siapa sahaja yang sering ikuti perkembangan Dunia Seni terutama Akademi Fantasia (AF) pasti tidak asing lagi dengan nama Edrie Hashim (Edri Hashim)…..
Tidak terkecuali saya kerana saya cukup minat dengan salah seorang pelajar AF7 (Rubisa Tiasin) so nak jadi cerita memang selalulah juga ikuti Akademi Fantasia tahun 2009….
Nak dijadikan cerita saya Whatsapp Edrie Hashim untuk berkongsi idea tentang Takaful…..tak sangka la pulak Edrie reply dan bersetuju untuk berjumpa saya. Al maklumlah Artis seperti dia setuju nak jumpa … Kalau tak silap kali terakhir saya jumpa Edrie Hashim pada tahun 2010 untuk rakaman Rubisa Tiasin lagu “Ratu Penipu” dan Lagu “Jangan Bilang Siapa-Siapa”
Edrie memang rajin orangnya…saya jumpa beliau kali pertama untuk berkongsi tentang Takaful ni beliau masih di pejabat pada jam 9 malam… Biasa la kot bagi orang yg berkarya ni, Edrie maklumkan saya dia sedang siapkan album lagu salah seorang artis Rock Malaysia… Sempat la gak saya rakamkan gambar ni…So saya biarkan saja dia berkarya sebelum saya memulakan bicara Takaful saya…
Selepas mengenali Edrie dalam masa yang singkat tu baru saya tahu yang beliau ni jenis mudah didekati dan friendly….
Alhamdulilah selepas mengambil sedikit masa Edrie untuk perkongsian maklumat Takaful , beliau bersetuju untuk mengambil 2 polisi dari saya.
Edrie ambil polisi Takaful terbaik untuk dirinya sendiri dan isteri beliau (Pat Candy). Gambar Edrie sign cek kpd Great Eastern Takaful.
Sempat la juga beraya di rumah Edrie Hashim pada minggu pertama Raya .
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful sila hubungi saya
Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :
Lagu Iris Ciptaan Edrie Hashim dendangan Awie ini memang gua paling minat
Kali ini saya ingin ceritakan tentang kesah yg berlaku kpd client saya En Izami Nazuri pada 4 Ogos yg lepas…
Saya mendapat whatsapp dari kawan sekolah saya (Sekolah Menengah Izzuddin , Ipoh) dalam masa yg sama merupakan Client saya…
Kereta beliau hadapi masalah dengan gearbox dan perlu ditunda…Alhamdulilah Medikal Kad Great Eastern Takaful ada add on benefit iaitu Car Assist Program…
Setelah mendapat penjelasan tentang dari saya beliau pun menelefon Car Assist… berikut antara perbualan antara saya dan Client saya…
Baguskan…. Hanya dengan Medikal kad masalah kereta beliau telah diselesaikan, jadi kepada pemegang Medikal Kad Great Eastern sila maklum dgn kebaikan ini;
Jika berlaku masalah kereta seperti, Enjin tak boleh start k, kemalangan, kerosakan kecil dan perlukan khidmat bantuan kereta tunda sila hubungi no tersebut 03-76604799 .
Sila maklumkan :
Nama/IC pemegang polisi
No kereta anda (Kereta yg telah didaftarkan)
Lokasi kereta
Masalah kereta
InsyaAllah dgn adanya servis ini ia dapat mengurangkan masalah anda.
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Medikal Kad Great Eastern sila hubungi saya di 019-8819405
Seorang ayah perlu ambil Medikal Kad dahulu atau anak (new born)?
Sering menjadi kekeliruan atau delima sebuah keluarga yg baru mendapat anak ialah ketika membuat keputusan untuk membeli Insuran Medikal Kad, dengan Bajet Kewangan yg terhad si Ayah/Ibu akan membeli mengambil polisi Medikal Kad kpd anak sedangkan mereka sendiri tiada.
Cukup saya senarai 5 Faktor diatas untuk dipertimbangkan.
Jika Musibah menimpa si Ayah seluruh keluarga akan terjejas dan agagk sukar untuk anak2 mendapatkan bantuan untuk ayah;
Tetapi jika Musibah menimpa si Anak pula si Ayah tidak akan duduk diam mencari/ berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk si Anak.
*Fikir-fikirkanlah jika kita sayangi keluarga dan anak-anak kita
Ramai orang beranggapan dengan memiliki Medikal Kad syarikat sudah cukup baik dan tidak perlu miliki medikal kad sendiri..
Apa berlaku jika setelah bekerja sekian lama, tempoh persaraan akan tiba ketika umur 55…
Ketika umur persaraan adakah Syarikat akan tetap beri Medikal Kad???
Sudah pasti tidak, kerana Medikal Kad itu adalah Insuran Berkumpulan yg diberi selagi masih bekerja.
Baiklah ia bukan masalah besar kerana ketika itu beliau masih boleh mendapatkan Medikal Kad persendirian yg byk dipasaran.
Tapi harus ingat ;
Faktor umur – umur yg telah lanjut akan menjadikan bayaran premium anda tinggi, jika masa muda sekitar usia 30 bayaran premium maybe dalam RM150 bulanan tetapi jika umur 55 maybe RM500 bulanan.
Tahap Kesihatan – Jika di usia muda, tahap kesihatan masih baik dan dengan mudah Medikal Kad boleh lulus, tapi jika dah berusia berbagai penyakit menjenguk(kencing manis, darah tinggi etc) dan pasti dengan keadaan itu akan menyebabkan Medikal Kad ditolak.
Nilai Tunai – Ketika usia lanjut tempoh masa simpanan adalah singkat, ini menyebabkan nilai tunai/simpanan anda rendah dan sukar utk memastikan Medikal Kad anda bertahan ketika usia anda lanjut.
Bayaran Premium – Paling penting kepada semua orang adalah membayar dgn nilai rendah tapi miliki benefit yg byk. Itu tidak akan berlaku jika anda telah berusia.
4 perkara diatas pasti membantutkan peluang anda untuk memiliki Medikal Kad persendirian.
Mahukah anda menikmati free Medikal ketika usia persaraan???? Jika YA sila bertindak sekarang.