Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون)| Takziah untuk keluarga penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 25 Lebuhraya Karak sekitar jam 11 pagi semalam.
Untuk pengetahuan anda, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan berkenaan. Kemalangan tersebut turut membabitkan beberapa buah kereta dan mengakibatkan seorang penunggang motor rentung terbakar manakala seorang lagi maut dirempuh salah sebuah kereta yang terlibat.
Punca sebenar kemalangan motosikal besar berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak – Kemalangan berkenaan dikatakan berpunca apabila sebuah treler yang melintang di laluan Lebuhraya Karak. Kemudian, sekumpulan motosikal berkuasa tinggi sedang menuruni bukit beramai-ramai. Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya sesak disebabkan oleh treler terbabit.
Berikut ada laporan mengenai kemalangan tersebut yang dipetik daripada sumber media. Salah seorang daripada penunggang yang menyertai konvoi berkenaan pula adalah rakan kepada ammboi dan dia juga mengesahkan mengenai treler terbabit.
Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis dan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta – Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi dan P.Alza.
Keterangan – 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang dan 2 org lagi penunggang tercampak dan cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry dan Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar manakala P.Exora, P.Alza dan P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.
Butir-butir Mangsa (Si Mati):
Penunggang M/sikal (Rentung) – Nama: Zali bin Khalid
Penunggang M/sikal (Mati) – Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 tahun)
Dalam kesibukan mengejar masa, semua orang berpusu-pusu, berkejar-kejar untuk tiba ke destinasi dalam masa yang dijanjikan…
Hari ini 17Oktober pukul 8.40 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, satu kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong betul-betul dihadapan mata dan mujur tiada melibatkan kehilangan nyawa.
Dalam mengejar masa juga sempat saya berhenti memberi bantuan, bertindak memberhentikan kenderaan saya ditengah jalan bagi menghalang sebarang rempuhan kepada mangsa kemalangan.Saya dapat memimpin mangsa ke bahu jalan dan mengalihkan motor beliau ke tepi jalan.
Alhamdulilah segalanya selesai selepas ketibaan Polis Bantuan.
Malam tadi selepas pulang dari sharing insuran/takaful dapat news yg amat mengejutkan dari seorang sahabat… Abang beliau (Amran) telah meninggal dunia secara mengejut ketika memetik buah mangga di depan rumah untuk isteri yg sedang mengandung. Arwah berumur 37 thn meninggalkan 1 isteri dan 8 anak termasuk dlm kandungan…
p/s – mati tidak menunggu masa, sekiranya arwah mempunyai Takaful bernilai RM200,000 sekurang-kurangnya bebanan isteri dapat dikurangkan untuk membesarkan 8 orang anak.
Semoga para pembaca dapat fikir sebentar masa depan isteri, anak-anak atau waris selepas baca kisah ini.
Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah
Kesihatan anak-anak menjadi perkara utama sering difikirkan oleh Ibubapa ,dan tidak dilupakan Pendidikan mereka…
Dengan kadar inflasi sekarang boleh dikatakan peningkatan yuran pengajian akan meningkat 20% setiap 5 Tahun, dan sekiranya pinjaman Pendidikan adalah pilihan utama cuba bayangkan berapakah Ansuran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan oleh anak-anak kita selepas habis Diploma…
Mesti tahu MRTT VS MLTT sebelum membeli kediaman sendiri
Sekarang ramai yang sudah pun membeli rumah.Dan tak kurang juga yang sedang dalam proses membeli rumah. Bagi yang sedang berurusan membeli rumah,masih sempat untuk saya bertanya perkara ini:
Apakah perbezaan MRTA dengan MLTA?
Ini adalah 2 perkara penting untuk kita tahu sebelum kita membayar wang kita untuknya.
Hari ini saya ingin berkongsikan APA itu MRTA dan APA itu MLTA. Selepas membaca artikel ini, saya harap bakal pembeli rumah baru dapat membuat keputusan dengan sebijaknya.