fbpx
Medikal Kad Evo

π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ˜Όπ™ˆ π™ˆπ™€π™‰π™„π™‹π™ 𝙅𝙀𝙍 π™ˆπ™€π˜Ώπ™„π˜Ύπ˜Όπ™‡ π˜Ύπ˜Όπ™π˜Ώ π˜½π˜Όπ™π™ π˜½π˜Όπ™”π˜Όπ™ 1 π˜½π™π™‡π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‹π™„….

π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ˜Όπ™ˆ π™ˆπ™€π™‰!𝙋𝙐 𝙅𝙀𝙍 π™ˆπ™€π˜Ώπ™„π˜Ύπ˜Όπ™‡ π˜½π˜Όπ™π™ π˜½π˜Όπ™”π˜Όπ™ 1 π˜½π™π™‡π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‹π™„ π˜Ώπ˜Όπ™ƒ π˜Ύπ™Šπ™‘π™€π™ π™π™ˆ3899

Kisahnya client ni ambil Medikal Kad untuk anaknya pada 16Jun2022 dan bersetuju untuk ambil pakej komprehensif bayaran bulanan RM235.

Β 

Β  Nak dijadikan cerita pada 28July2022 anaknya cirit birit hampir 3 hari tak berhentiΒ². Beliau hubungj saya maklumkan beliau ingin masukkan ke anak ke Hospital…
Selepas berhempas pulas mendapatkan Hospital yang available akhirnya ada kekosongan di Hospital Pantai Ampang.
Anak beliau di wadkan selama 2 hari setengah ( 29July – 31July) Jumlah bill rawatan adalah RM3,889 shj.
Sekarang ni sedang menunggu elaun Hospital pula.

Kesimpulan disini adalah Medikal Kad akan cover rawatan anda walau berapa pun nilai caj rawatan selagi ANDA ADA MEDIKAL KAD yang melebihi tempoh WAITING PERIOD dan FULL DISCLOSURE.
Bagi yang masih tak percaya MEDIKAL KAD, boleh bertanya dengan mereka yang telah menerima manfaat rawatan.
Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

I-Get In Touch

I-Get In Touch

Ia adalah portal layan diri sehenti yang memberikan akses eksklusif kepada pelanggan Great Eastern Takaful untuk menyemak butiran Sijil dan melakukan transaksi dalam talian.

Urus Sijil Takaful anda dengan mengemaskini maklumat peribadi anda, menamakan benefisiari dan wasi, melihat dan memuat turun surat dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan pandangan holistik mengenai portfolio perlindungan anda untuk memahami jurang perlindungan anda serta merancang masa depan anda dengan bijak.

Daftar i-Get In Touch sekarang. Ia selamat, mudah digunakan dan mudah alih – akses di telefon pintar, tablet atau komputer riba anda pada bila-bila masa, di mana sahaja; semuanya di hujung jari anda.

APA ITU GREAT ID

Great ID adalah satu identiti log masuk yang digunakan untuk mengurus perkhidmatan digital Great Eastern anda. Great ID tersedia untuk Pemegang Polisi Great Eastern dan Pemilik Sijil Great Eastern Takaful.

Log masuk ID iGet In Touch yang menggunakan NRIC atau Nombor Pengenalan akan digantikan oleh Great ID, di mana Pemilik Sijil boleh menggunakan alamat e-mel pilihan mereka sebagai log masuk ID baru mereka.

CARA DAFTAR i-GET IN TOUCH

Untuk mendaftar, pastikan anda perlu menjadi pemilik sijil Great Eastern bagi produk yang terpilih dahulu. Berikut merupakan cara daftar iGet In Touch:

  1. Log masuk keΒ https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
  2. Klik β€˜Daftar Sekarang’.
  3. Pengesahan diri sebagai pelanggan Great Eastern Takaful Berhad menggunakan kaedah pengesahan pilihan Pemilik Sijil seperti di bawah:
  • ID Peribadi – Masukkan Nombor Pengenalan, tarikh Lahir dan Jantina;
  • Nombor Sijil – Masukkan Nombor Sijil yang aktif dan Nombor Pengenalan
  1. Setelah berjaya membuat pengesahan, Kata Laluan Satu Kali (OTP) enam digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar Pemilik Sijil.
  2. Masukkan alamat e-mel yang sah (sebagai ID log masuk Pemilik Sijil).
  3. Masukkan pin pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel anda.
  4. Lengkapkan pendaftaran dengan klik β€˜Teruskan’
  5. Skrin log masuk Great ID akan dipaparkan untuk diakses oleh Pemilik Sijil

CARA LOGIN i-GET IN TOUCH

Setelah anda berjaya mendaftar seperti langkah di atas, anda dah boleh login iGet In Touch. Berikut adalah cara login iGet In Touch:

  1. Layari pautan Great Eastern: https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
  2. Klik pada Log In With Gread ID
  3. Masukkan EMAIL dan PASSWORD anda. Tekan Sumbit
  4. Anda telah berjaya login akaun iGet In Touch

Panduan Pendaftaran

Soalan Lazim

Sebarang soalan boleh bertanya saya
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Denggi

Hari ni saya ingin berkongsi tentang Denggi kerana malam tadi dapat berita tentang sahabat saya di Kuching yang kehilangan ibu kerana Denggi berdarah.

Smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama golongan orang2 yg briman.. Aamiin Ya Rabbul Alamin..

Demam Denggi

image

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

image

Tanda dan gejala

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan

image

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.Mandi jerlum.Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:

Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk.Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan.Sakit perut.Kurang bermaya/sawan.Sesak nafas.Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Maklumat lanjut

Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.Pejabat Kesihatan berhampiran.Klinik Kesihatan berhampiran.Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.

Semakan akhir:26 April 2012Penulis:Dr. Jasvinder KaurPenyemak:Dr. Thahira bt. Jamal Mohamed

Berikut sumber terkini cara meredakan demam denggi:

image

image

Bersama kita cegah Denggi dengan mengawal pembiakan Nyamuk Aedes

Syahrum Samsuri
Perunding Takaful
019-8819405

Rawatan Kesihatan

Membayar bill hospital disaat kita tua dan berumur, adalah amat sukar kerana disaat itulah kita tidak mampu lagi bekerja untuk membayar bill yang mahal. Apatah lagi jika disaat itu tiada anak-anak disisi untuk membantu.

Apa yang berlaku kepada warga emas ini amat mengecewakan tapi apakan daya….

Bapa Ditipu 7 Anak Sendiri Sebanyak RM4 juta Dan Diabaikan Mereka

warga emas

MELAKA: Mempunyai anak yang ramai kini bukan lagi tiket bagi seorang bapa untuk hidup bahagia di usia emas apatah lagi merasai kehidupan serba mewah.

Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang warga emas yang menghidap angin ahmar, Daut @ Kasim Jali, 81, yang terpaksa bekerja sendiri demi menyara kehidupan serta rawatan kesihatan setelah dipinggir tujuh anak kandungnya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Daut yang dahulunya mewah sebagai pengusaha tiga stesen minyak serta dua ladang sawit dan ternakan ayam masing-masing berkeluasan 2.02 hektar sekitar Melaka, kini ibarat kais pagi makan pagi apabila wang simpanannya serta depositΒ overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM900,000 turut lenyap akibat ditipu oleh anak kandungnya.

Menurut Daut, aset yang bernilai lebih RM4 juta itu telah diagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan secara berperingkat sejak tahun 70-an.

β€œSaya usahakan semua sejak berpuluh tahun namun, akhirnya saya tidak mendapat apa-apa.

β€œSaya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya malah, nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya dengan pendapatan yang tidak seberapa sedangkan kos rawatan kesihatan tinggi.

β€œSaya terpaksa bekerja bersama rakan kongsi dengan menyewa tapak reban ayam di Rembau, Negeri Sembilan walaupun sakit, demi menampung perbelanjaan,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) negeri, Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin dan Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya, Sofiah Ngah, 77.

Kata Daut, ketika dalam keadaan sakit dan tidak berfikiran waras, dia telah diperdaya oleh salah seorang anaknya dengan menukar segala hak milik pegangan saham syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise ke atas nama anaknya itu.

Ini termasuklah ladang ternakan ayam daging, sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000 serta akaun simpanan semasa syarikat itu bernilai RM100,000.

Selain itu, Daut turut kehilangan depositΒ overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000.

Kata Daut, kini dia hidup menumpang kasih dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Rokiah, 63, serta tujuh anak tirinya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut berkata, dia kini menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 daripada anak-anaknya selain hasil perniagaan ladang ayam yang dikira dari jumlah anak ayam yang masuk ke reban, hasil pendapatan kelapa sawit (RM1,500) setiap kali tuaian serta setengah daripada hasil jualan rumah di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adli berkata, kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 20 Januari ini pukul 9 pagi. ─ Utusan Malaysia

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Medikal Kad dan Takaful demi perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Ketua Keluarga

IMG_1045.JPG

Jangan sesekali bertangguh, Kita pernah dengar
1) rezeki
2) Ajal maut
Ditangan tuhan, jika telah tertulis itulah ajal kita memang tidak dapat dielak lagi.

Jadi kenapa perlu Insuran/Takaful???

  • Bukan dengan ambil Insuran/Takaful akan memanjangkan hayat kita,
  • Bukan dapat menghidupkan kita.

Apa guna Insuran/Takaful.

Seorang ketua keluarga perlu fikirkan bukan sahaja diri sendiri tetapi perlu fikirkan kebajikan Isteri dan anak-anak.

Ketua Keluarga Ibarat Nakhoda kapal, nakhoda tahu nilai muatan kargo kapal dan kelasi-kelasinya, telah menjadi tanggungjawab dia untuk memastikan kapal lengkap dengan pelampung dan boat penyelamat.

Jika kapal karam nakhoda akan pastikan kelasi kapal dan kargo tidak karam bersama seperti mana kapalΒ Titanic.

(selingan movie Titanic bagi yang belum pernah tengok movie ini)

Jika anda sayangkan keluarga anda mengapa tidak simpan sekarang diGreat Eastern Takaful untuk menjamin keluarga anda tidak karam bersama jika anda tidak dapat bekerja (Penyakit Kritikal/Cacat Kekal) atau mati.

*Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Polisi Takaful perlindungan keluarga anda, sila hubungi saya*

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

Malang tidak berbau

Malang tidak berbau

Dalam kesibukan mengejar masa, semua orang berpusu-pusu, berkejar-kejar untuk tiba ke destinasi dalam masa yang dijanjikan…

Hari ini 17Oktober pukul 8.40 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, satu kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong betul-betul dihadapan mata dan mujur tiada melibatkan kehilangan nyawa.

Dalam mengejar masa juga sempat saya berhenti memberi bantuan, bertindak memberhentikan kenderaan saya ditengah jalan bagi menghalang sebarang rempuhan kepada mangsa kemalangan.Saya dapat memimpin mangsa ke bahu jalan dan mengalihkan motor beliau ke tepi jalan.

Alhamdulilah segalanya selesai selepas ketibaan Polis Bantuan.

IMG_1013.JPG

Read More

Dilema Si Ayah

DILEMA :-

faktor2

Seorang ayah perlu ambil Medikal Kad dahulu atau anak (new born)?

Β 

Sering menjadi kekeliruan atau delima sebuah keluarga yg baru mendapat anak ialah ketika membuat keputusan untuk membeli Insuran Medikal Kad, dengan Bajet Kewangan yg terhad si Ayah/Ibu akan membeli mengambil polisi Medikal Kad kpd anak sedangkan mereka sendiri tiada.

Cukup saya senarai 5 Faktor diatas untuk dipertimbangkan.

Jika Musibah menimpa si Ayah seluruh keluarga akan terjejas dan agagk sukar untuk anak2 mendapatkan bantuan untuk ayah;

my kid

Tetapi jika Musibah menimpa si Anak pula si Ayah tidak akan duduk diam mencari/ berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk si Anak.

*Fikir-fikirkanlah jika kita sayangi keluarga dan anak-anak kita

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :